KUCHING: Tindakan bijak seorang remaja perempuan berpura - pura mabuk selepas dipaksa meneguk minuman keras, berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa culik sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Kampung Tabuan Melayu di sini, kelmarin.
Pelajar 16 tahun sebuah sekolah menengah disini itu, dikatakan terlebih dahulu ditarik masuk ke dalam sebuah van yang dinaiki empat lelaki ketika berjalan sendirian untuk ke sekolah di Jalan Sungai Periuk dekat Padungan.
Suspek juga dikatakan mengeluarkan sebilah pisau yang diacu ke arah mangsa dan memintanya tidak membuat bising jika tidak mahu dicederakan.
Menurut sumber, ketika didalam van, mangsa mendakwa seorang suspek memaksanya minum minuman keras dan remaja itu kemudiannya berpura- pura mabuk.
Ketika dalam perjalanan menuju ke sebuah lokasi yang dikatakan untuk menyembunyikan remaja terbabit, keempat - empat suspek memberhentikan van dan kesempatan itu diambil mangsa dengan berlakon kononnya dia tidak mampu berjalan akibat mabuk.
Suspek dikatakan terpedaya dengan lakonan remaja berkenaan lalu berbincang berkenaan lokasi lain yang lebih sesuai untuk mengurung mangsa.
Kelalaian suspek mengadakan perbincangan memberi ruang kepada gadis berkenaan bangun dan melarikan diri ke sebuah rumah berdekatan untuk mendapatkan pertolongan.
Terkejut dengan helah mangsa, keempat- empat suspek melarikan diri meninggalkan lokasi berkenaan dengan van berkenaan dan mangsa menghubungi ahli keluarganya memaklumkan kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner berkata, polis menerima laporan daripada keluarga mangsa beberapa jam selepas dia berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa penculikan.
Beliau berkata, identiti keempat- empat suspek masih belum dikenalpasti dan polis masih menjalankan siasatan dan meminta orang ramai menyaksikan kejadian itu menghubungi balai polis berdekatan.
Sumber: Harian Metro Edisi Sarawak/Sabah - 22 Jan 2011
Kata - kata Admin: 1st time study kat area Kuching ni kawan2 memang dah bagi warning, jangan pergi ke kampung tu lebih2 lagi time malam. Sekarang dah 4 tahun tinggal kat Kuching ni..memang dah biasa dengar kes2 jenayah kat area tu. Kes ragut la, rompak, curi, pecah rumah, gaduh, baru2 ni culik pula..ish. Maybe polis patut kerap meronda kat kawasan tu.
18 comments:
sy rasa la mreka nk rogol la ..hehe
Alhamdullilah budak tu bijak bertindak dan akhirnya terselamat..
Dana 1MDB : Q & A
Bahayanya d sini...perlu lebih berhati2...
macam2 je la manusia zaman skrg nie kan, nsib baik la perempuan tu pandai, kalau tak abiz la die,
gadis itu bernasib baik....kalo aku di tmpatnya... panik2....
@Ms Red: rasa2 nye macam tu la. 4 orang pl tu.
@Miecyber: harap orang jahat tu kena tangkap.
@HadifaR_R: aah..kena hati2 skrg.
@YUL: xtau la knp diorang bt mcm tu. susah manusia zmn skrg ni.
@azana: aah..bdk tu mmg bijak. kebijaksanaan dia telah menyelamatkn dirinya sendiri. mesti dia ni join kelab teater kt skola. :P
mcm2 jak eyhh~~~ ish2...takut2...
wooo~ hebat la pompuan tu sbb dia xgabra.. dpt pk pe tindakan yg patot.. ^_^
takut mek dgr cta2 nak kedak tok eh..
@NUR AYNIE: mun jalan2 boh sorang dirik. bahaya.
@Keen: aah..terer dia berlakon kan. boleh join rancangan Pilih Kasih ni. hehe.
@MASZ: hati2 jak..dah la ada kes bunuh kt K.Samarahan ari ya owh..mcm2.
aku pon nk try cam tuh gk r..
iskkk..nasib baik la...
mcm2 la dunia skang ni...:(
@cik gadis: kna pandai berlakon. he2.
@ iRa~": dunia skrg dh x selamat. x aman.
nak joinnnnn. tp takut nnti effect kat nuffnang :(
@Redbloodsnow: erk..ni salah masuk rumh ni. hehe.
syukurlah budak tuh bijak..
Xguna betul lelaki 4 org tuh.
@|| A r a W a n i || : aah..jom2 cubit telinga bdk 4 org tuh. hehe
takut betul zaman sekarang nie
Catat Ulasan