KUCHING: Tindakan bijak seorang remaja perempuan berpura - pura mabuk selepas dipaksa meneguk minuman keras, berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa culik sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Kampung Tabuan Melayu di sini, kelmarin.
Pelajar 16 tahun sebuah sekolah menengah disini itu, dikatakan terlebih dahulu ditarik masuk ke dalam sebuah van yang dinaiki empat lelaki ketika berjalan sendirian untuk ke sekolah di Jalan Sungai Periuk dekat Padungan.
Suspek juga dikatakan mengeluarkan sebilah pisau yang diacu ke arah mangsa dan memintanya tidak membuat bising jika tidak mahu dicederakan.
Menurut sumber, ketika didalam van, mangsa mendakwa seorang suspek memaksanya minum minuman keras dan remaja itu kemudiannya berpura- pura mabuk.
Ketika dalam perjalanan menuju ke sebuah lokasi yang dikatakan untuk menyembunyikan remaja terbabit, keempat - empat suspek memberhentikan van dan kesempatan itu diambil mangsa dengan berlakon kononnya dia tidak mampu berjalan akibat mabuk.
Suspek dikatakan terpedaya dengan lakonan remaja berkenaan lalu berbincang berkenaan lokasi lain yang lebih sesuai untuk mengurung mangsa.
Kelalaian suspek mengadakan perbincangan memberi ruang kepada gadis berkenaan bangun dan melarikan diri ke sebuah rumah berdekatan untuk mendapatkan pertolongan.
Terkejut dengan helah mangsa, keempat- empat suspek melarikan diri meninggalkan lokasi berkenaan dengan van berkenaan dan mangsa menghubungi ahli keluarganya memaklumkan kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner berkata, polis menerima laporan daripada keluarga mangsa beberapa jam selepas dia berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa penculikan.
Beliau berkata, identiti keempat- empat suspek masih belum dikenalpasti dan polis masih menjalankan siasatan dan meminta orang ramai menyaksikan kejadian itu menghubungi balai polis berdekatan.
Sumber: Harian Metro Edisi Sarawak/Sabah - 22 Jan 2011
Kata - kata Admin: 1st time study kat area Kuching ni kawan2 memang dah bagi warning, jangan pergi ke kampung tu lebih2 lagi time malam. Sekarang dah 4 tahun tinggal kat Kuching ni..memang dah biasa dengar kes2 jenayah kat area tu. Kes ragut la, rompak, curi, pecah rumah, gaduh, baru2 ni culik pula..ish. Maybe polis patut kerap meronda kat kawasan tu.







