Khamis, 29 Disember 2011 JOM BELAJAR MENGIRA!!


Sekarang ambil kalkulator anda dan cuba ikut langkah dibawah:

1. Masukkan TIGA digit pertama no handphone anda. (tidak termasuk 013,019,012 dsb)

   Contoh: 012-3456789

2. Darab nombor tadi dengan 80.

3. Lepas tu tambah 1.

4. Kemudian darab dengan 250.

5. Tambah nombor yang telah didarab tadi dengan EMPAT nombor digit akhir no handphone anda.

 Contoh: 012-3456789

6. Tambah lagi EMPAT no digit akhir no handphone anda seperti langkah 5.

7. Kemudian tolak dengan 250.

8. Last sekali bahagi dengan 2.

Dapat tak nombor telefon anda?

SELAMAT MENCUBA! :]

Digg it StumbleUpon del.icio.us

Ahad, 25 Disember 2011 TUTORIAL REFORMAT KOMPUTER

*Tutorial ini hanya untuk windows 7 sahaja.
Bagi yang baru sahaja mengenali komputer dan ingin mengetahui secara lebih lanjut tentang komputer, di sini saya akan memberikan panduan bagaimana untuk reformat komputer/laptop anda kerana saya mendapati masih ramai yang belum mengetahui cara asas memformat komputer.

Apa tujuan reformat dilakukan?
1. Masalah driver
2. Masalah system
3. Virus
4. Tujuan pembersihan

PERHATIAN!
Sebelum kerja format dilakukan, pastikan data- data penting yang ada didalam komputer anda telah di backup. Data-data seperti paperwork, assignment, gambar-gmbar, lagu-lagu, dokumen-dokumen disimpan didalam pendrive ataupun external hard disk buat sementara waktu untuk mengelakkan data-data tersebut hilang semasa proses memformat dilakukan. Ataupun gunakan aplikasi Recovery Disks yang ada pada windows 7 untuk memudahkan proses backup. 

Reformat

1. Setelah proses backup dilakukan, masukkan DVD installer windows 7 anda ke dalam DVD drive kemudian shutdown kan komputer anda. Setelah komputer shutdown, on semula komputer anda.

2. Satu arahan pada skrin akan terpapar seperti berikut "press any key to boot from cd". Tekan mana-mana key pada keyboard anda. Kemudian proses loading files akan bermula. (Skip arahan ke.3 sekiranya anda berjaya pada langkah ini.)

3. Sekiranya arahan "press any key to boot from cd" tidak terpapar, anda harus menukar setting boot komputer anda. Caranya ialah turn off semula komputer anda dan on kan kembali. Sebelum komputer memasuki windows tekan pada key "ESC" untuk memasuki boot setting. (setiap model komputer mempunyai kaedah yang berlainan).

4. Selepas proses loading files tamat, visual seperti dibawah akan terpapar pada skrin anda. Anda disarankan menukar bahagian "Time and currency format" sahaja. Setelah selesai klik pada next. 


 5. Pada arahan seterusnya klik pada " INSTALL NOW ". Tunggu sehingga license term dipaparkan klik pada kotak "I accept the license term". Seterusnya klik pada next.

6. Kemudian visual dibawah akan terpapar pada skrin anda. Klik pada "Custom (Advanced)".


7. Untuk paparan yang seterusnya sila klik pada "Driver Option". Dan paparan tersebut akan berubah seperti screenshot dibawah.


8. Sekirannya komputer anda telah mempunyai partition, anda hanya perlu menginstall windows pada partition   jenis "System" sahaja. Klik atau select partition tersebut kemudian klik Format. Selepas itu klik pada next. Seterusnya proses install bermula sehingga komputer akan restart secara automatik.

9. Selepas komputer restart, anda diminta untuk memasukkan username, nama pc dan password anda. Ikut arahan seterusnya.

10. Kemudian anda diminta untuk memasukkan key windows 7 anda. 

11. Akhir sekali setkan tarikh dan masa.

 Selamat mencuba!



Digg it StumbleUpon del.icio.us

Sabtu, 24 Disember 2011 TIPS - TIPS TEMUDUGA INSTEP PETRONAS



Pada 16 Disember 2011 saya telah mendapat tawaran temuduga daripada INSTEP untuk kursus Program Teknologi Petroleum (PTP-1). Maklumat temuduga tersebut adalah seperti berikut.

Tarikh: 18 Disember 2011
Masa: 8 Pagi
Pusat Temuduga: Pullman Kuching
Tempat: No. 1A, Jalan Mathies, 93100, Kuching, Sarawak

Ok sebelum tu nak intro dulu apa itu INSTEP. INSTEP ni ialah Institut Teknologi Petroleum Petronas yang terletak di Bukit Rakit, Kuala Terengganu.

Sesi temuduga ada 2.
1. Ujian bertulis 
- Untuk ujian ni kita akan diuji dengan 100 soalan dalam masa 45 minit. 
- Jangan risau sebab soalan dalam bentuk objektif.
- Soalan merangkumi Grammar English, Math, IQ test, Logik Engineering dan Pattern Recognization. 
- Kalkulator tidak dibenarkan
- Nak pass ujian ni korang kena baca sekali soalan dan terus jawab. Takleh nak fikir lama2 dan semak jawapan sebab memang korang takkan sempat. Memang kena cepat pick-up la. Pengalaman saya, saya tidak sempat menjawab 10 soalan terakhir kerana masa sudah tamat. So terpaksa la guna skill " Random Pick". hehe.

2. Interview
- Kebanyakkan temuduga diorang interviewer cuma 2 orang je. Ntah macam mana time saya temuduga interviewer ada 3 orang. 
- Interviewer tersebut terdiri daripada seorang Jurutera Petronas, Jurutera MLNG Bintulu dan sorang dari INSTEP. Maybe staff atau pengajar.
-Masa interview saya diminta memperkenalkan diri dulu (ceritakan tentang diri anda) dalam masa lebih kurang 5 minit dalam english.
- Lepas tu diorang tanya soalan ni pula. Apa yang anda tahu tentang Petronas?
- Apa itu LNG?
- Tahu INSTEP dari mana? Kenapa masuk INSTEP? Kenapa korang layak masuk?
- Masa saya ditemuduga saya diminta untuk  menjelaskan Projek Final Year saya dengan menggunakan whiteboard. Maksudnya kena lukis la dan explain.

Faedah join INSTEP
-6 bulan belajar di INSTEP dan 6 bulan lagi on job training untuk kursus PTP-1.
- Elaun diberi
- Penginapan, pengangkutan dan makan semua ditanggung oleh Petronas.
-Peluang kerja dengan Petronas memang tinggi
-Peluang kerja dengan company oil & gas lain pun cerah.

Bond?
- 2 tahun kerja dengan Petronas sekiranya di offer.
- Korang akan terlepas dari bond sekiranya tidak menerima apa-apa tawaran dari Petronas dalam masa 6 bulan selepas tamat di INSTEP.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Labels

account (1) AirAsia (1) AK5218 (1) Alex Ferguson (1) anti virus (2) antivirus (1) autoblogwalking (1) basah (1) bersara (1) Bill Gates (1) billionaire (1) biodata ronaldo (1) BitDefender SafeGo (1) bola sepak (1) Brazil (1) broadband (1) Bundesliga (1) cantik (1) cara mengatasi (1) Carlo Anchelotti (1) celcom (1) champions league (1) Cheat Engine (1) Chelsea (2) Coca - cola (1) culik (1) David Bechkam (1) delete (1) dera (1) dunia (1) earn money online (1) English Premier League (2) EPL (5) facebook (4) fakta (2) gadis (1) gempa bumi (1) Glazer (1) google chrome (1) GP point (1) Guiness World Records (1) Gulliver's Travel's (1) hack (3) Handphone (1) Harry Redknapp (1) heart beat (1) highlight (1) ibu tiri (1) iklan (1) Jack Black (1) jantina (1) Jepun (1) Jose Morinho (1) jurney (1) kajian (1) kanak - kanak (1) kanser (1) kapal terbang (1) kecil (1) kelab terkaya. English Premier League (1) kering (1) kimia (1) komedi (1) komputer (2) Kuching (2) La Liga (1) laju (3) laptop (1) lelaki (1) line (1) lucu (1) mabuk (1) mala (1) Manchester United (3) matematik (1) mengira (1) metro (1) Microsoft (1) money (1) mozilla firefox (1) muda (1) new year 2011 (1) notepad (1) Nur Dania Qistina (1) onbux (1) orang kaya (1) Pepsi (1) PES2011 (1) PLKN (1) Program Latihan Khidmat Negara (1) ramalan (1) Real Madrid (1) Roman Abramovich (1) Ronaldo (1) Safee Sali (1) sarawak (1) sedu (1) senyum (1) Serie A (1) Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani (1) shoutbox (1) statik (1) tahun baru (1) terbabas (1) tidur (1) tips (7) Tottenham Hotspur (1) transfer (1) transfer window (1) transfer windows (1) tsunami (1) tutorial (6) wanita (1)
 
Copyright 2010 S.E.7.E.N H.O.L.I.C
Carbon 12 Blogger template by Blogger Bits. Supported by Bloggermint