Rabu, 16 Mac 2011 TSUNAMI JEPUN: BAYI AJAIB !!



Menakjubkan! Bayi perempuan ini berjaya diselamatkan di Sendai dan di sahkan masih hidup selepas 3 hari berada di bawah runtuhan akibat tsunami dan gempa bumi yang berskala 9 Richter yang mengegar Jepun pada jumaat lalu.

Bayi tersebut tidak mengalami kecederaan dan di temui dalam keadaan kesejukan, basah dan menangis. Sebelum dia di jumpai, pasukan penyelamat sudah menemui sekurang-kurangnya 2000 mayat di sepanjang kawasan tempat bayi tesebut di jumpai. Persoalan kenapa dia tidak lemas menjadi tanda tanya dan misteri.

Bayi tersebut dikatakan terlepas daripada pangkuan ibu bapanya apabila ombak besar memusnahkan kediaman mereka. Keluarga malang itu percaya bahawa mereka akan kehilangan bayi itu buat selama-lamanya. Dia kemudian dipertemukan semula dengan bapanya yang dilihat sangat gembira.


Digg it StumbleUpon del.icio.us

Selasa, 15 Mac 2011 TUTORIAL LAJUKAN AKSES INTERNET KE LAMAN FACEBOOK


Korang perasan tak? baru - baru ni facebook makin slow? nak chat susah, nak main game pun susah. Apa sebab nya? yes!! betul..ini adalah kesan daripada kejadian gempa bumi di Jepun. Tutorial yang saya nak kongsikan ini sedikit sebanyak dapat melajukan lagi akses internet korang ke laman facebook.

*PERHATIAN: TUTORIAL INI UNTUK PENGGUNA WINDOWS OPERATING SYSTEM SAHAJA

1. Pergi ke direktori C:\Windows\System32\drivers\etc\

My Computer --> Local C --> Windows --> System32 --> drivers --> etc

2. Dalam file etc ni korang klik file hosts, open guna notepad.


3. Lepas korang dah klik, taip/copy benda ni kat hujung file tu.

203.106.85.66 www.facebook.com

203.106.85.66 facebook.com


4. Ni contoh kalau korang tak faham.

# Copyright (c) 1993-2009 Microsoft Corp.
#
# This is a sample HOSTS file used by Microsoft TCP/IP for Windows.
#
# This file contains the mappings of IP addresses to host names. Each
# entry should be kept on an individual line. The IP address should
# be placed in the first column followed by the corresponding host name.
# The IP address and the host name should be separated by at least one
# space.
#
# Additionally, comments (such as these) may be inserted on individual
# lines or following the machine name denoted by a '#' symbol.
#
# For example:
#
#      102.54.94.97     rhino.acme.com          # source server
#       38.25.63.10     x.acme.com              # x client host

# localhost name resolution is handled within DNS itself.
# 127.0.0.1       localhost
# ::1             localhost
127.0.0.1 www.pgware.com
127.0.0.1 www.swiftdog.com
203.106.85.66 www.facebook.com
203.106.85.66 facebook.com

5. Lepas tu macam biasa, save la. just klik kt close button & then klik save.

6. Kalau tak dapat save, korang kena tukar dulu setting kat user account control. Cara nya..


Control panel --> User Account --> Change User Account Control Setting --> set ke Never Notify.

Untuk maklumat lanjut korang tengok kt website nih INFO


Digg it StumbleUpon del.icio.us

Khamis, 10 Mac 2011 LELAKI PALING KECIL DI DUNIA



Beliau hanya setinggi 22 inci dan berumur 17 tahun. Junrey atau nama sebenar remaja ini Junrey Balawing tinggal bersama orang tuanya di sebuah desa terpencil yang terletak di Zamboanga Norte, Filipina.

Apabila beliau menjangkau umur 18 tahun pada 12 jun ini, beliau akan di anugerahkan lelaki paling kecil di dunia oleh Guinness World Records.

Menurut ibu remaja tersebut, Concepcion, 35, berkata : "Dia perlu penjagaan dari saya setiap masa, Junrey hanya boleh berjalan dengan bantuan dari orang lain dan dia tidak dapat berdiri lebih lama."

Ketinggian remaja ini tidak pernah berubah sejak ulang tahun pertama kelahirannya, beliau cuba untuk berjalan tetapi kesakitan memaksa beliau tidak dapat berdiri dengan lebih lama.

Beliau berasa bangga ketika berbicara tentang rekod dunia yang akan di pegang oleh nya.

Beliau berkata: "Jika aku adalah orang yang terkecil di dunia, aku sangat gembira."

Concepcion melihat pertumbuhan anaknya itu terbantut pada ulang tahun beliau yang kedua.

Dia berkata: "Dia selalu sakit dan kami melihat dia tidak membesar seperti kanak - kanak lain jadi kami membawanya berjumpa dengan doktor tetapi mereka juga bingung."

Ketika Junrey berumur 12 tahun, doktor menasihatkan supaya Junrey diberi vitamin tetapi atas sebab kemiskinan mereka tidak mampu untuk membeli vitamin. Walaupun saiz tubuhnya kecil, Junrey memiliki nafsu makan seperti remaja normal.

Sijil kelahiran beliau telah membuktikan beliau lahir pada tahun 1993, bertempat di rumah keluarganya.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Rabu, 9 Mac 2011 20 CIRI - CIRI ORANG MALAS



1. Sering memberi alasan apabila orang meminta bantuan.

2. Tidak pernah menghadiri mana-mana aktiviti sosial.

3. Tidak pernah mengemas bilik tidur.

4. Separuh dari masa banyak dihabiskan untuk tidur.

5. Orang malas menutup kelemahan dengan selalu tampil cantik di depan orang, pakai minyak wangi sebotol, tetapi hakikat sebenarnya baju yang dipakai bertahun-tahun tidak dibasuh.

6. Sanggup berlapar daripada bersusah payah membeli makanan atau memasak, kononnya diet.

7. Setiap pagi wajah kamu ke pejabat atau kolej tidak pernah ceria. Asyik tidak ada mood sahaja.

8. Tidak pernah ada usaha untuk meningkatkan lagi diri untuk masa akan datang kerana merasakan apa yang ada hari ini sudah cukup dan terlalu selesa.

9. Sanggup melakukan sesuatu tetapi malas untuk mengerjakannya.

10. Diberi kemudahan untuk melakukan sesuatu tetapi menganggapnya payah untuk mengerjakan.

11. Berpeluang/ada waktu untuk melakukan sesuatu tetapi mencari alasan untuk tidak mahu mengerjakannya.

12. Sering melakukan sesuatu tetapi mengatakan tidak boleh mengerjakannya.

13. Ditugaskan melakukan sesuatu tetapi menolak untuk mengerjakannya dengan berbagai alasan.

14. Paling sedikit berbuat sesuatu tetapi mengatakan telah sangat banyak melakukannya.

15. Bercakap besar/lebih tetapi satu pun tidak di amalkan.

16. Orang malas tidak suka menjaga pernampilan diri.

17. Semua kerja yang dilakukan tidak sempurna.

18. Suka megharapkan orang lain melakukan kerja.

19. Suka mengarah.

20. Menunjukkan muka yang masam apabila ditugaskan membuat sesuatu.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Selasa, 8 Mac 2011 SENYUM LEBIH MUDAH DARI MENGERUT DAHI



Tahukah korang? Mengukir senyuman tidak banyak memerlukan gerakan otot berbanding jika seseorang itu mengerutkan dahi. Kajian menunjukkan seseorang itu memerlukan gerakan 17 otot untuk senyum berbanding 43 otot yang diperlukan untuk mengerut dahi. Senyum boleh dilakukan secara sedar ataupun tidak sedar dan dipandang sebagai suatu bentuk kebahagian dan keramahan. Manakala mengerut dahi umumnya menunjukkan kesedihan atau ketidaksetujuan. Secara umum, terdapat 43 otot yang terdapat pada wajah manusia, sebahagian besar otot ini dikendalikan oleh 7 saraf caranial (biasanya di kenali sebagai saraf wajah). Selain hanya mengunakan otot, senyum juga dapat memberikan manfaat lebih untuk orang - orang disekitarnya seperti memberikan energi positif serta mengubah suasana hati menjadi lebih baik. Walaupun bagaimanapun senyum bersendirian tanpa tujuan adalah tidak digalakkan. Korang faham2 la ye. haha. Senyum2 lah selalu!


Digg it StumbleUpon del.icio.us
KOLEKSI ARTIKEL
1. GLAZER AKAN MENJUAL MANCHESTER UNITED
2. RAMALAN TRANSFER ENGLISH PREMIER LEAGUE 2010/2011
3. MOVIE REVIEW: GULLIVERS TRAVEL 3D
4. ANCELOTTI SEDIA DI PECAT
5. BECKHAM MAHU PINDAH KE TOTTENHAM
6. PENDERAAN KANAK - KANAK
7. PURA - PURA MABUK UNTUK SELAMATKAN DIRI
8. LAPORAN TRANSFER RASMI ENGLISH PREMIER LEAGUE 2010/2011
9. LELAKI PALING KECIL DI DUNIA
10. TSUNAMI JEPUN: BAYI AJAIB !!

*Klik pada SKIP sekiranya iklan AdF.ly terpapar.
Digg it StumbleUpon del.icio.us
FAKTA MENARIK
1. 10 ORANG TERKAYA DUNIA 2010
2. TUJUAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)
3. WANITA DISARAN TIDUR 8 JAM
4. RAHSIA DISEBALIK COCA-COLA & PEPSI
5. 10 KELAB BOLA SEPAK TERKAYA DI DUNIA 2010
6. SENYUM LEBIH MUDAH DARI MENGERUT DAHI
7. 20 CIRI - CIRI ORANG MALAS
8. KEHEBATAN ARTIS HALIMUNAN

*Klik pada SKIP sekiranya iklan AdF.ly terpapar.
Digg it StumbleUpon del.icio.us
TUTORIAL
1. DELETE AKAUN FACEBOOK DENGAN BETUL
2. LETAK IKLAN HEARTBEAT SECARA STATIK
3. HACK MOZILA SUPAYA JADI LAJU MACAM GOOGLE CHROME
4. TUTORIAL LAJUKAN AKSES INTERNET KE LAMAN FACEBOOK
5. TUTORIAL REFORMAT KOMPUTER

TIPS
1. MENGELAKKAN AKAUN FACEBOOK DI HACK
2. MENGENALPASTI JANTINA LAPTOP ANDA
3. CARA NAK LAJUKAN SPEED LINE BROADBAND
4. TIPS MENGELAKKAN AUTOBLOGWALKING HARAM
5. LINDUNGI FACEBOOK DENGAN BIT DEFENDA SAFEGO
6. TIPS MENYELAMATKAN HANDPHONE YANG BASAH
7. TIPS MENGHILANGKAN SEDU
8. TIPS ELAK VIRUS AKSESS KE KOMPUTER ANDA
9. TIPS - TIPS TEMUDUGA INSTEP PETRONAS
10. JOM BELAJAR MENGIRA!!

*Klik pada SKIP sekiranya iklan AdF.ly terpapar.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Khamis, 3 Mac 2011 TIPS MENGHILANGKAN SEDU !

Haaa!!....setelah 2 minggu menyepikan diri akhirnya saya kembali. Bukan kerana merajuk ke apa. Line broadband punya pasal la. Slow tahap gaban! Ok2 stop..entri hari ni bukan nak marah broadband ke, celcom ke..tapi nak cerita pasal.............. 


" Hik! hik! hik! oppsss! hehe..sedu pula. hik! "


Saya percaya semua orang pernah mengalami situasi macam ni kan..kan..kan? Apa tu sedu? Sedu atau dalam bahasa orang putih hiccups adalah keadaan dimana diafram, otot berbentuk kubah yang terletak didasar dada kita terganggu dan apabila ini berlaku, ia akan menarik ke bawah dalam keadaan yang tersentap. Udara yang masuk ke dalam akan melanggar kotak suara kita sekaligus mengeluakan bunyi, " Hik! hik!"



Punca - punca kesedukan!
  1. Menelan terlalu banyak udara
  2. Ketawa yang over (selalu nye ni la punca saya sedu)
  3. Makan secara lahap
  4. Berasa bimbang 
  5. Rasa Teruja
  6. Merokok
  7. Mengambil alkohol secara berlebihan
Cara Mengatasi sedu!

Tahan Nafas selama 10 saat dalam keadaan bersandar atau baring
Ini adalah cara yang paling selalu saya gunakan. Tujuannya adalah supaya kita bertenang dan mengawal pernafasan.



Urut bahagian atas atau belakang langit - langit mulut 
Cara ni mungkin nampak pelik sikit tetapi membantu juga. Ini kerana dengan mengurut di bahagian langit - langit, ia akan merangsang saraf vagus yang akan menyebabkan tindakbalas pada diafram. Gunakan kapas cotton - tipped applicator. Lepas sedu berhenti, korang boleh guna kapas tu untuk korek telinga pula ek.



Minum segelas air sejuk dengan cepat
Ini adalah cara yang paling popular di amalkan. Serupa dengan kaedah di atas, air akan merangsang saraf vagus sekaligus membuatkan kita melupakan sedu untuk seketika.



Bernafas didalam pelastik untuk 2 ~ 3 minit
Kaedah ini bertujuan supaya kita bertenang dan mengawal pola pernafasan. Tapi tidak di galakkan dilakukan di tempat awam kerana dikhuatiri anda di anggap mengalami masalah mental. haha.



Bersendawa
Dengan bersendawa, ia akan membatalkan udara yang masuk yang menyebabkan kita sedu. Air berkarbonat seperti coca- cola, pepsi dan sebagainya boleh menyebabkan korang bersendawa sekiranya di ambil berlebihan. Tetapi fikir dulu sebelum minum kerana air berkarbonat ni menjejaskan kesihatan seperti yang saya nyatakan pada entri lepas. Rahsia di sebalik Coca -cola dan Pepsi!


Kalau sedu tu tak juga berhenti, jumpa doktor la ye. Ada banyak lagi cara sebenarnya tapi cukup la setakat ni. 

*Artikel ini ditulis setelah diri sendiri kesedukan kerana bergurau mentertawakan adik. padan muka! hehe.



Digg it StumbleUpon del.icio.us

Labels

account (1) AirAsia (1) AK5218 (1) Alex Ferguson (1) anti virus (2) antivirus (1) autoblogwalking (1) basah (1) bersara (1) Bill Gates (1) billionaire (1) biodata ronaldo (1) BitDefender SafeGo (1) bola sepak (1) Brazil (1) broadband (1) Bundesliga (1) cantik (1) cara mengatasi (1) Carlo Anchelotti (1) celcom (1) champions league (1) Cheat Engine (1) Chelsea (2) Coca - cola (1) culik (1) David Bechkam (1) delete (1) dera (1) dunia (1) earn money online (1) English Premier League (2) EPL (5) facebook (4) fakta (2) gadis (1) gempa bumi (1) Glazer (1) google chrome (1) GP point (1) Guiness World Records (1) Gulliver's Travel's (1) hack (3) Handphone (1) Harry Redknapp (1) heart beat (1) highlight (1) ibu tiri (1) iklan (1) Jack Black (1) jantina (1) Jepun (1) Jose Morinho (1) jurney (1) kajian (1) kanak - kanak (1) kanser (1) kapal terbang (1) kecil (1) kelab terkaya. English Premier League (1) kering (1) kimia (1) komedi (1) komputer (2) Kuching (2) La Liga (1) laju (3) laptop (1) lelaki (1) line (1) lucu (1) mabuk (1) mala (1) Manchester United (3) matematik (1) mengira (1) metro (1) Microsoft (1) money (1) mozilla firefox (1) muda (1) new year 2011 (1) notepad (1) Nur Dania Qistina (1) onbux (1) orang kaya (1) Pepsi (1) PES2011 (1) PLKN (1) Program Latihan Khidmat Negara (1) ramalan (1) Real Madrid (1) Roman Abramovich (1) Ronaldo (1) Safee Sali (1) sarawak (1) sedu (1) senyum (1) Serie A (1) Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani (1) shoutbox (1) statik (1) tahun baru (1) terbabas (1) tidur (1) tips (7) Tottenham Hotspur (1) transfer (1) transfer window (1) transfer windows (1) tsunami (1) tutorial (6) wanita (1)
 
Copyright 2010 S.E.7.E.N H.O.L.I.C
Carbon 12 Blogger template by Blogger Bits. Supported by Bloggermint