Khamis, 29 Disember 2011 JOM BELAJAR MENGIRA!!


Sekarang ambil kalkulator anda dan cuba ikut langkah dibawah:

1. Masukkan TIGA digit pertama no handphone anda. (tidak termasuk 013,019,012 dsb)

   Contoh: 012-3456789

2. Darab nombor tadi dengan 80.

3. Lepas tu tambah 1.

4. Kemudian darab dengan 250.

5. Tambah nombor yang telah didarab tadi dengan EMPAT nombor digit akhir no handphone anda.

 Contoh: 012-3456789

6. Tambah lagi EMPAT no digit akhir no handphone anda seperti langkah 5.

7. Kemudian tolak dengan 250.

8. Last sekali bahagi dengan 2.

Dapat tak nombor telefon anda?

SELAMAT MENCUBA! :]

Digg it StumbleUpon del.icio.us

Ahad, 25 Disember 2011 TUTORIAL REFORMAT KOMPUTER

*Tutorial ini hanya untuk windows 7 sahaja.
Bagi yang baru sahaja mengenali komputer dan ingin mengetahui secara lebih lanjut tentang komputer, di sini saya akan memberikan panduan bagaimana untuk reformat komputer/laptop anda kerana saya mendapati masih ramai yang belum mengetahui cara asas memformat komputer.

Apa tujuan reformat dilakukan?
1. Masalah driver
2. Masalah system
3. Virus
4. Tujuan pembersihan

PERHATIAN!
Sebelum kerja format dilakukan, pastikan data- data penting yang ada didalam komputer anda telah di backup. Data-data seperti paperwork, assignment, gambar-gmbar, lagu-lagu, dokumen-dokumen disimpan didalam pendrive ataupun external hard disk buat sementara waktu untuk mengelakkan data-data tersebut hilang semasa proses memformat dilakukan. Ataupun gunakan aplikasi Recovery Disks yang ada pada windows 7 untuk memudahkan proses backup. 

Reformat

1. Setelah proses backup dilakukan, masukkan DVD installer windows 7 anda ke dalam DVD drive kemudian shutdown kan komputer anda. Setelah komputer shutdown, on semula komputer anda.

2. Satu arahan pada skrin akan terpapar seperti berikut "press any key to boot from cd". Tekan mana-mana key pada keyboard anda. Kemudian proses loading files akan bermula. (Skip arahan ke.3 sekiranya anda berjaya pada langkah ini.)

3. Sekiranya arahan "press any key to boot from cd" tidak terpapar, anda harus menukar setting boot komputer anda. Caranya ialah turn off semula komputer anda dan on kan kembali. Sebelum komputer memasuki windows tekan pada key "ESC" untuk memasuki boot setting. (setiap model komputer mempunyai kaedah yang berlainan).

4. Selepas proses loading files tamat, visual seperti dibawah akan terpapar pada skrin anda. Anda disarankan menukar bahagian "Time and currency format" sahaja. Setelah selesai klik pada next. 


 5. Pada arahan seterusnya klik pada " INSTALL NOW ". Tunggu sehingga license term dipaparkan klik pada kotak "I accept the license term". Seterusnya klik pada next.

6. Kemudian visual dibawah akan terpapar pada skrin anda. Klik pada "Custom (Advanced)".


7. Untuk paparan yang seterusnya sila klik pada "Driver Option". Dan paparan tersebut akan berubah seperti screenshot dibawah.


8. Sekirannya komputer anda telah mempunyai partition, anda hanya perlu menginstall windows pada partition   jenis "System" sahaja. Klik atau select partition tersebut kemudian klik Format. Selepas itu klik pada next. Seterusnya proses install bermula sehingga komputer akan restart secara automatik.

9. Selepas komputer restart, anda diminta untuk memasukkan username, nama pc dan password anda. Ikut arahan seterusnya.

10. Kemudian anda diminta untuk memasukkan key windows 7 anda. 

11. Akhir sekali setkan tarikh dan masa.

 Selamat mencuba!



Digg it StumbleUpon del.icio.us

Sabtu, 24 Disember 2011 TIPS - TIPS TEMUDUGA INSTEP PETRONAS



Pada 16 Disember 2011 saya telah mendapat tawaran temuduga daripada INSTEP untuk kursus Program Teknologi Petroleum (PTP-1). Maklumat temuduga tersebut adalah seperti berikut.

Tarikh: 18 Disember 2011
Masa: 8 Pagi
Pusat Temuduga: Pullman Kuching
Tempat: No. 1A, Jalan Mathies, 93100, Kuching, Sarawak

Ok sebelum tu nak intro dulu apa itu INSTEP. INSTEP ni ialah Institut Teknologi Petroleum Petronas yang terletak di Bukit Rakit, Kuala Terengganu.

Sesi temuduga ada 2.
1. Ujian bertulis 
- Untuk ujian ni kita akan diuji dengan 100 soalan dalam masa 45 minit. 
- Jangan risau sebab soalan dalam bentuk objektif.
- Soalan merangkumi Grammar English, Math, IQ test, Logik Engineering dan Pattern Recognization. 
- Kalkulator tidak dibenarkan
- Nak pass ujian ni korang kena baca sekali soalan dan terus jawab. Takleh nak fikir lama2 dan semak jawapan sebab memang korang takkan sempat. Memang kena cepat pick-up la. Pengalaman saya, saya tidak sempat menjawab 10 soalan terakhir kerana masa sudah tamat. So terpaksa la guna skill " Random Pick". hehe.

2. Interview
- Kebanyakkan temuduga diorang interviewer cuma 2 orang je. Ntah macam mana time saya temuduga interviewer ada 3 orang. 
- Interviewer tersebut terdiri daripada seorang Jurutera Petronas, Jurutera MLNG Bintulu dan sorang dari INSTEP. Maybe staff atau pengajar.
-Masa interview saya diminta memperkenalkan diri dulu (ceritakan tentang diri anda) dalam masa lebih kurang 5 minit dalam english.
- Lepas tu diorang tanya soalan ni pula. Apa yang anda tahu tentang Petronas?
- Apa itu LNG?
- Tahu INSTEP dari mana? Kenapa masuk INSTEP? Kenapa korang layak masuk?
- Masa saya ditemuduga saya diminta untuk  menjelaskan Projek Final Year saya dengan menggunakan whiteboard. Maksudnya kena lukis la dan explain.

Faedah join INSTEP
-6 bulan belajar di INSTEP dan 6 bulan lagi on job training untuk kursus PTP-1.
- Elaun diberi
- Penginapan, pengangkutan dan makan semua ditanggung oleh Petronas.
-Peluang kerja dengan Petronas memang tinggi
-Peluang kerja dengan company oil & gas lain pun cerah.

Bond?
- 2 tahun kerja dengan Petronas sekiranya di offer.
- Korang akan terlepas dari bond sekiranya tidak menerima apa-apa tawaran dari Petronas dalam masa 6 bulan selepas tamat di INSTEP.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Sabtu, 12 November 2011 KEHEBATAN ARTIS HALIMUNAN

BEIJING - Artis China Liu Bolin sekali lagi mengagumkan peminatnya apabila dia menyamar sebagai rak sayur di sebuah pasar raya.

Digelar artis halimunan kerana kepakarannya menyatukan diri dengan pelbagai latar belakang, Bolin, 35, bergiat aktif dalam seni ilusi optik sejak enam tahun lalu.

Lelaki tersebut kerap melakukan persembahan solo dan berkumpulan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Pada Jun lepas, dia pernah menyamar sebagai rak majalah di New York.

Sedikit biodata tentang Liu Bolin

Tarikh Lahir: 7 Januari 1973

Warganegara: China

Akademik: 1. B.A Shandong University of Arts, Jinan, China 

                  2. M.F.A Central Academi of Fine Arts, Beijing, China









Digg it StumbleUpon del.icio.us

Ahad, 6 November 2011 TIPS ELAK VIRUS AKSESS KE KOMPUTER ANDA

1. Sentiasa mengimbas pendrive atau USB
-Pastikan anda sentiasa mengimbas pendrive dan USB bagi mengurangkan risiko serangan virus pada komputer anda. Langkah mudah ini perlu dilakukan dengan kerap kerana pendrive yang digunakan pasti kerap dimasukkan ke dalam pelbagai komputer, oleh itu imbas dahulu sebelum menggunakannya dengan antivirus yang terdapat dalam komputer anda.



2. Imbas Hard Disk
-Setiap kali membuka komputer, pastikan anda tidak lupa untuk mengimbas hard disk yang akan anda gunakan. Cara ini mampu mengurangkan serangan virus semasa membuat sesuatu kerja.



3. Imbas CD Drive
-Selain pendrive, CD juga berpontensi menyumbang virus masuk ke dalam komputer anda.



4. Beri perlindungan pada pendrive sekiranya digunakan pada komputer orang lain
-Jika ingin menggunakan pendrive anda pada komputer orang lain, pastikan anda turut mengimbas pendrive dengan menggunakan langkah yang sama bg mengelakkan virus menghapuskan semua dokumen yang telah anda siapkan.

5. Pasang dan kemas kini antivirus anda secara kerap
-Kemas kini ataupun update antivirus anda mengikut tempoh yang ditetapkan. Kebanyakkan antivirus pada masa kini mempunyai sistem auto update dimana ia akan mengemaskini secara automatik apabila terdapat sambungan internet.

6. Jangan muat turun atau download sebarang fail
-Banyak virus yang dihantar melalui email dalam bentuk fail. Oleh itu, sekiranya anda tidak pasti tentang kewujudan sesuatu fail atau ragu-ragu dengan fail itu, jangan muat turun fail tersebut.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Rabu, 13 April 2011 Manchester United VS Chelsea 2 - 1 Champions League Highlights 12/04/2011

Macam biasa la, awal pagi, bangun jer dari tido terus on laptop. Website pertama yang akan saya terjah www.thesun.co.uk. Nak tengok result perlawan bola la beb. MU VS Chelsea. 2nd leg Champions League. Saya x dapat tengok live match ni sebab match start awal pagi. Bila tengok jer result, fuhhh! rasa nak melompat je. 2 -1 tu beb! Goal daripada Javier Hernandez dengan Park Ji Sung. Chelsea pula di jaringkan oleh Didier Drogba. Tapi malang untuk Chelsea sebab diorang ada 21 saat je untuk celebrate goal tu lepas tu Ji Sung pula tambah goal untuk MU. huhu. 2 goal ni pun hasil dari hantaran pemain senior MU, Ryan Gigs. Gue respek sama lu bro! Walaupun umur tua, tapi berbisa!! MU menang aggregate 3 - 1 sebab 1st leg lawan kat stamford bridge hari tu, MU menang 1 - 0 goal daripada Rooney. Lepas nih, rasa - rasa nye MU akan lawan dengan Schalke kot. Gud luck MU! semoga berjaya ke Wembley!

Chelsea VS Manchester Utd 0 - 1 Champions League 1st Leg Highlight 06/04/2011

Manchester Utd VS Chelsea 2-1 Champions League 2nd Leg Highlight 12/04/2011

Digg it StumbleUpon del.icio.us

Selasa, 12 April 2011 Malaysian University English Test (MUET)


Pagi tadi saya telah menghadiri ujian speaking untuk Malaysian University English Test (MUET). Maklumlah nak sambung ke peringkat ijazah kena wajib ambik ujian ni dulu. Saya bersyukur kerana kumpulan saya terdiri daripada rakan - rakan yang saya kenali dan di dalam course yang sama dengan saya. Bila tengok kat senarai nama, rasa bertuah sebab jadi candidate C. Ada la peluang nak cari idea time candidate A dengan B tengah present. hehe. Terima kasih kepada Encik Adruce, lecturer Muet kami kerana meletakkan kami di dalam 1 kumpulan yang sama. Thank you banyak2 sir. huhu.

Semasa berada di bilik kuarantin, saya akui memang ada sedikit perasaan nerves. Rasa2 nya bukan saya sorang je sebab time tu semua calon - calon yang ambik test ni senyap je. Tapi xde la nerves sampai nak terkencing kan?. agak2 lah. hehe. Sebenarnya saya dah awal2 lagi dah prepare macam mana cara speech yang saya nak gunakan, cara introduction, cara penyampaian idea dan cara membuat kesimpulan yang terbaik. Maklumlah, nak dapatkan markah bagus, so kena la guna ayat - ayat yang power2 kan. Kurang la sikit nerves sebab awal2 dah prepare. hehe. Perasaan nerves ni bahaya tau sebab bila kita nerves, kita susah nak keluarkan idea.

Kalau x silap ni tajuk yang saya dapat tadi,

As a employer, what is most important for a quality employee.

A - Being hard Working
B - Being Innovative
C - Being able to work as a team
D - Being Effective


Apa - apa pun syukur sebab discussion berjalan dengan lancar. Tidak seperti yang saya jangkakan. Kawan - kawan pun x juga mengalami masalah. Lepas ni nak prepare untuk ujian listening, reading & writing untuk hari sabtu ni pula. Hari ahad kena terbang ke KL, ada subjek makmal kat UTM jalan semarak. Seminggu kat sana. Haizzz...bz betul la bulan ni.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Rabu, 16 Mac 2011 TSUNAMI JEPUN: BAYI AJAIB !!



Menakjubkan! Bayi perempuan ini berjaya diselamatkan di Sendai dan di sahkan masih hidup selepas 3 hari berada di bawah runtuhan akibat tsunami dan gempa bumi yang berskala 9 Richter yang mengegar Jepun pada jumaat lalu.

Bayi tersebut tidak mengalami kecederaan dan di temui dalam keadaan kesejukan, basah dan menangis. Sebelum dia di jumpai, pasukan penyelamat sudah menemui sekurang-kurangnya 2000 mayat di sepanjang kawasan tempat bayi tesebut di jumpai. Persoalan kenapa dia tidak lemas menjadi tanda tanya dan misteri.

Bayi tersebut dikatakan terlepas daripada pangkuan ibu bapanya apabila ombak besar memusnahkan kediaman mereka. Keluarga malang itu percaya bahawa mereka akan kehilangan bayi itu buat selama-lamanya. Dia kemudian dipertemukan semula dengan bapanya yang dilihat sangat gembira.


Digg it StumbleUpon del.icio.us

Selasa, 15 Mac 2011 TUTORIAL LAJUKAN AKSES INTERNET KE LAMAN FACEBOOK


Korang perasan tak? baru - baru ni facebook makin slow? nak chat susah, nak main game pun susah. Apa sebab nya? yes!! betul..ini adalah kesan daripada kejadian gempa bumi di Jepun. Tutorial yang saya nak kongsikan ini sedikit sebanyak dapat melajukan lagi akses internet korang ke laman facebook.

*PERHATIAN: TUTORIAL INI UNTUK PENGGUNA WINDOWS OPERATING SYSTEM SAHAJA

1. Pergi ke direktori C:\Windows\System32\drivers\etc\

My Computer --> Local C --> Windows --> System32 --> drivers --> etc

2. Dalam file etc ni korang klik file hosts, open guna notepad.


3. Lepas korang dah klik, taip/copy benda ni kat hujung file tu.

203.106.85.66 www.facebook.com

203.106.85.66 facebook.com


4. Ni contoh kalau korang tak faham.

# Copyright (c) 1993-2009 Microsoft Corp.
#
# This is a sample HOSTS file used by Microsoft TCP/IP for Windows.
#
# This file contains the mappings of IP addresses to host names. Each
# entry should be kept on an individual line. The IP address should
# be placed in the first column followed by the corresponding host name.
# The IP address and the host name should be separated by at least one
# space.
#
# Additionally, comments (such as these) may be inserted on individual
# lines or following the machine name denoted by a '#' symbol.
#
# For example:
#
#      102.54.94.97     rhino.acme.com          # source server
#       38.25.63.10     x.acme.com              # x client host

# localhost name resolution is handled within DNS itself.
# 127.0.0.1       localhost
# ::1             localhost
127.0.0.1 www.pgware.com
127.0.0.1 www.swiftdog.com
203.106.85.66 www.facebook.com
203.106.85.66 facebook.com

5. Lepas tu macam biasa, save la. just klik kt close button & then klik save.

6. Kalau tak dapat save, korang kena tukar dulu setting kat user account control. Cara nya..


Control panel --> User Account --> Change User Account Control Setting --> set ke Never Notify.

Untuk maklumat lanjut korang tengok kt website nih INFO


Digg it StumbleUpon del.icio.us

Khamis, 10 Mac 2011 LELAKI PALING KECIL DI DUNIA



Beliau hanya setinggi 22 inci dan berumur 17 tahun. Junrey atau nama sebenar remaja ini Junrey Balawing tinggal bersama orang tuanya di sebuah desa terpencil yang terletak di Zamboanga Norte, Filipina.

Apabila beliau menjangkau umur 18 tahun pada 12 jun ini, beliau akan di anugerahkan lelaki paling kecil di dunia oleh Guinness World Records.

Menurut ibu remaja tersebut, Concepcion, 35, berkata : "Dia perlu penjagaan dari saya setiap masa, Junrey hanya boleh berjalan dengan bantuan dari orang lain dan dia tidak dapat berdiri lebih lama."

Ketinggian remaja ini tidak pernah berubah sejak ulang tahun pertama kelahirannya, beliau cuba untuk berjalan tetapi kesakitan memaksa beliau tidak dapat berdiri dengan lebih lama.

Beliau berasa bangga ketika berbicara tentang rekod dunia yang akan di pegang oleh nya.

Beliau berkata: "Jika aku adalah orang yang terkecil di dunia, aku sangat gembira."

Concepcion melihat pertumbuhan anaknya itu terbantut pada ulang tahun beliau yang kedua.

Dia berkata: "Dia selalu sakit dan kami melihat dia tidak membesar seperti kanak - kanak lain jadi kami membawanya berjumpa dengan doktor tetapi mereka juga bingung."

Ketika Junrey berumur 12 tahun, doktor menasihatkan supaya Junrey diberi vitamin tetapi atas sebab kemiskinan mereka tidak mampu untuk membeli vitamin. Walaupun saiz tubuhnya kecil, Junrey memiliki nafsu makan seperti remaja normal.

Sijil kelahiran beliau telah membuktikan beliau lahir pada tahun 1993, bertempat di rumah keluarganya.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Rabu, 9 Mac 2011 20 CIRI - CIRI ORANG MALAS



1. Sering memberi alasan apabila orang meminta bantuan.

2. Tidak pernah menghadiri mana-mana aktiviti sosial.

3. Tidak pernah mengemas bilik tidur.

4. Separuh dari masa banyak dihabiskan untuk tidur.

5. Orang malas menutup kelemahan dengan selalu tampil cantik di depan orang, pakai minyak wangi sebotol, tetapi hakikat sebenarnya baju yang dipakai bertahun-tahun tidak dibasuh.

6. Sanggup berlapar daripada bersusah payah membeli makanan atau memasak, kononnya diet.

7. Setiap pagi wajah kamu ke pejabat atau kolej tidak pernah ceria. Asyik tidak ada mood sahaja.

8. Tidak pernah ada usaha untuk meningkatkan lagi diri untuk masa akan datang kerana merasakan apa yang ada hari ini sudah cukup dan terlalu selesa.

9. Sanggup melakukan sesuatu tetapi malas untuk mengerjakannya.

10. Diberi kemudahan untuk melakukan sesuatu tetapi menganggapnya payah untuk mengerjakan.

11. Berpeluang/ada waktu untuk melakukan sesuatu tetapi mencari alasan untuk tidak mahu mengerjakannya.

12. Sering melakukan sesuatu tetapi mengatakan tidak boleh mengerjakannya.

13. Ditugaskan melakukan sesuatu tetapi menolak untuk mengerjakannya dengan berbagai alasan.

14. Paling sedikit berbuat sesuatu tetapi mengatakan telah sangat banyak melakukannya.

15. Bercakap besar/lebih tetapi satu pun tidak di amalkan.

16. Orang malas tidak suka menjaga pernampilan diri.

17. Semua kerja yang dilakukan tidak sempurna.

18. Suka megharapkan orang lain melakukan kerja.

19. Suka mengarah.

20. Menunjukkan muka yang masam apabila ditugaskan membuat sesuatu.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Selasa, 8 Mac 2011 SENYUM LEBIH MUDAH DARI MENGERUT DAHI



Tahukah korang? Mengukir senyuman tidak banyak memerlukan gerakan otot berbanding jika seseorang itu mengerutkan dahi. Kajian menunjukkan seseorang itu memerlukan gerakan 17 otot untuk senyum berbanding 43 otot yang diperlukan untuk mengerut dahi. Senyum boleh dilakukan secara sedar ataupun tidak sedar dan dipandang sebagai suatu bentuk kebahagian dan keramahan. Manakala mengerut dahi umumnya menunjukkan kesedihan atau ketidaksetujuan. Secara umum, terdapat 43 otot yang terdapat pada wajah manusia, sebahagian besar otot ini dikendalikan oleh 7 saraf caranial (biasanya di kenali sebagai saraf wajah). Selain hanya mengunakan otot, senyum juga dapat memberikan manfaat lebih untuk orang - orang disekitarnya seperti memberikan energi positif serta mengubah suasana hati menjadi lebih baik. Walaupun bagaimanapun senyum bersendirian tanpa tujuan adalah tidak digalakkan. Korang faham2 la ye. haha. Senyum2 lah selalu!


Digg it StumbleUpon del.icio.us
KOLEKSI ARTIKEL
1. GLAZER AKAN MENJUAL MANCHESTER UNITED
2. RAMALAN TRANSFER ENGLISH PREMIER LEAGUE 2010/2011
3. MOVIE REVIEW: GULLIVERS TRAVEL 3D
4. ANCELOTTI SEDIA DI PECAT
5. BECKHAM MAHU PINDAH KE TOTTENHAM
6. PENDERAAN KANAK - KANAK
7. PURA - PURA MABUK UNTUK SELAMATKAN DIRI
8. LAPORAN TRANSFER RASMI ENGLISH PREMIER LEAGUE 2010/2011
9. LELAKI PALING KECIL DI DUNIA
10. TSUNAMI JEPUN: BAYI AJAIB !!

*Klik pada SKIP sekiranya iklan AdF.ly terpapar.
Digg it StumbleUpon del.icio.us
FAKTA MENARIK
1. 10 ORANG TERKAYA DUNIA 2010
2. TUJUAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)
3. WANITA DISARAN TIDUR 8 JAM
4. RAHSIA DISEBALIK COCA-COLA & PEPSI
5. 10 KELAB BOLA SEPAK TERKAYA DI DUNIA 2010
6. SENYUM LEBIH MUDAH DARI MENGERUT DAHI
7. 20 CIRI - CIRI ORANG MALAS
8. KEHEBATAN ARTIS HALIMUNAN

*Klik pada SKIP sekiranya iklan AdF.ly terpapar.
Digg it StumbleUpon del.icio.us
TUTORIAL
1. DELETE AKAUN FACEBOOK DENGAN BETUL
2. LETAK IKLAN HEARTBEAT SECARA STATIK
3. HACK MOZILA SUPAYA JADI LAJU MACAM GOOGLE CHROME
4. TUTORIAL LAJUKAN AKSES INTERNET KE LAMAN FACEBOOK
5. TUTORIAL REFORMAT KOMPUTER

TIPS
1. MENGELAKKAN AKAUN FACEBOOK DI HACK
2. MENGENALPASTI JANTINA LAPTOP ANDA
3. CARA NAK LAJUKAN SPEED LINE BROADBAND
4. TIPS MENGELAKKAN AUTOBLOGWALKING HARAM
5. LINDUNGI FACEBOOK DENGAN BIT DEFENDA SAFEGO
6. TIPS MENYELAMATKAN HANDPHONE YANG BASAH
7. TIPS MENGHILANGKAN SEDU
8. TIPS ELAK VIRUS AKSESS KE KOMPUTER ANDA
9. TIPS - TIPS TEMUDUGA INSTEP PETRONAS
10. JOM BELAJAR MENGIRA!!

*Klik pada SKIP sekiranya iklan AdF.ly terpapar.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Khamis, 3 Mac 2011 TIPS MENGHILANGKAN SEDU !

Haaa!!....setelah 2 minggu menyepikan diri akhirnya saya kembali. Bukan kerana merajuk ke apa. Line broadband punya pasal la. Slow tahap gaban! Ok2 stop..entri hari ni bukan nak marah broadband ke, celcom ke..tapi nak cerita pasal.............. 


" Hik! hik! hik! oppsss! hehe..sedu pula. hik! "


Saya percaya semua orang pernah mengalami situasi macam ni kan..kan..kan? Apa tu sedu? Sedu atau dalam bahasa orang putih hiccups adalah keadaan dimana diafram, otot berbentuk kubah yang terletak didasar dada kita terganggu dan apabila ini berlaku, ia akan menarik ke bawah dalam keadaan yang tersentap. Udara yang masuk ke dalam akan melanggar kotak suara kita sekaligus mengeluakan bunyi, " Hik! hik!"



Punca - punca kesedukan!
  1. Menelan terlalu banyak udara
  2. Ketawa yang over (selalu nye ni la punca saya sedu)
  3. Makan secara lahap
  4. Berasa bimbang 
  5. Rasa Teruja
  6. Merokok
  7. Mengambil alkohol secara berlebihan
Cara Mengatasi sedu!

Tahan Nafas selama 10 saat dalam keadaan bersandar atau baring
Ini adalah cara yang paling selalu saya gunakan. Tujuannya adalah supaya kita bertenang dan mengawal pernafasan.



Urut bahagian atas atau belakang langit - langit mulut 
Cara ni mungkin nampak pelik sikit tetapi membantu juga. Ini kerana dengan mengurut di bahagian langit - langit, ia akan merangsang saraf vagus yang akan menyebabkan tindakbalas pada diafram. Gunakan kapas cotton - tipped applicator. Lepas sedu berhenti, korang boleh guna kapas tu untuk korek telinga pula ek.



Minum segelas air sejuk dengan cepat
Ini adalah cara yang paling popular di amalkan. Serupa dengan kaedah di atas, air akan merangsang saraf vagus sekaligus membuatkan kita melupakan sedu untuk seketika.



Bernafas didalam pelastik untuk 2 ~ 3 minit
Kaedah ini bertujuan supaya kita bertenang dan mengawal pola pernafasan. Tapi tidak di galakkan dilakukan di tempat awam kerana dikhuatiri anda di anggap mengalami masalah mental. haha.



Bersendawa
Dengan bersendawa, ia akan membatalkan udara yang masuk yang menyebabkan kita sedu. Air berkarbonat seperti coca- cola, pepsi dan sebagainya boleh menyebabkan korang bersendawa sekiranya di ambil berlebihan. Tetapi fikir dulu sebelum minum kerana air berkarbonat ni menjejaskan kesihatan seperti yang saya nyatakan pada entri lepas. Rahsia di sebalik Coca -cola dan Pepsi!


Kalau sedu tu tak juga berhenti, jumpa doktor la ye. Ada banyak lagi cara sebenarnya tapi cukup la setakat ni. 

*Artikel ini ditulis setelah diri sendiri kesedukan kerana bergurau mentertawakan adik. padan muka! hehe.



Digg it StumbleUpon del.icio.us

Sabtu, 19 Februari 2011 AWAS!! RAHSIA DI SEBALIK COCA - COLA & PEPSI!!


Sejenis bahan yang digunakan dalam Coca-Cola dan Pepsi boleh menyebabkan risiko kanser dan harus dilarang, demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Center for Science in the Public Interest (CSPI), sebuah kumpulan lobi kesihatan yang berpusat di Washington, DC.

Kebimbangan ini berkaitan dengan agen pewarna coklat yang didakwa penyelidik boleh menyebabkan ribuan kanser.

"Pewarna karamel yang digunakan dalam Coca-Cola, Pepsi, dan makanan lain yang tercemar dengan dua bahan kimia ini yang boleh menyebabkan kanser, harus dilarang,"

"Berbeza dengan karamel yang dibuat di rumah dengan mengunakan gula sahaja, pewarnaan coklat buatan yang terdapat di dalam cola dan beberapa produk lain dibuat dengan mereaksikan gula dengan ammonia dan sulfit di bawah tekanan tinggi dan suhu."

"Tindakbalas kimia ini akan menghasilkan pembentukan dua zat yang dikenali sebagai 2-MI dan 4-MI yang dalam kajian yang dilakukan oleh kerajaan Amerika boleh menyebabkan kanser paru-paru, hati, atau kanser tiroid atau leukemia pada tikus makmal."

America’s National Toxicology Program mengatakan bahawa ada bukti yang jelas bahawa 2-MI dan 4-MI adalah karsinogen haiwan, dan cenderung menimbulkan risiko bagi manusia.

Baru - baru ini laman web This American Life, telah mendedahkan rahsia resipi membuat Coca - cola.

Berikut merupakan resipi yang didedahkan oleh laman web tersebut.

Fluid extract of Coca: 3 drams USP
Citric acid: 3 oz
Caffeine: 1 oz
Sugar: 30 (unclear quantity)
Water: 2.5 gal
Lime juice: 2 pints, 1 quart
Vanilla: 1 oz
Caramel: 1.5 oz or more for color

The secret 7X flavor (use 2 oz of flavor to 5 gals syrup):
Alcohol: 8 oz
Orange oil: 20 drops
Lemon oil: 30 drops
Nutmeg oil: 10 drops
Coriander: 5 drops
Neroli: 10 drops
Cinnamon: 10 drops


p/s: alkohol? patut la minuman ni bole buat ketagih.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Selasa, 15 Februari 2011 RONALDO BERSARA



Ronaldo, bekas pemenang tiga kali pemain terbaik FIFA ini telah mengumumkan akan bersara dari arena bolasepak setelah sering mengalami kecederaan dan bergelut dengan kecergasan. Pemain kelahiran Brazil yang berusia 34 tahun itu memutuskan untuk menamatkan kariernya sebagai pemain bolasepak selepas melalui karier yang panjang menerusi Cruzeiro, PSV Eindhoven, Barcelona, Real Madrid, Inter Milan, AC Milan, dan Corinthians.

"Saya sudah tidak sanggup lagi," kata bintang berusia 34 tahun itu kepada akhbar Estado de Sao Paulo.

"Saya ingin teruskan tapi saya tidak sanggup buat lagi. Saya nak beraksi tapi saya tidak dapat buat seperti yang saya inginkan. Sampai sudah masa."


Pemain lageda ini telah memenangi tiga kali pemain terbaik dunia, dua kali Ballon D’Or, anugerah kasut emas Eropah, dua kejuaraan la Liga dan dua kejohanan Copa Americas. Ronaldo juga turut memegang rekod sebagai penjaring terbanyak kejohanan piala dunia dengan 15 gol dan hampir kesemua piala sudah berada dalam kabinetnya.  Namun demikian hanya satu gelaran yang beliau gagal untuk julang sebagai pemain paling berjaya ialah kejuaraan Liga Juara-Juara walaupun bermain dengan kelab-kelab ternama.


Walaupun bergelut dengan kecergasan dan berat badan yang meningkat beliau masih mampu menjaringkan 18 gol dalam 31 perlawanan untuk Corinthians. Ronaldo bergelut dalam kecederaan hampir sepanjang kariernya namun jaringan beliau bersama Brazil sukar diatasi dengan 62 gol dalam 97 penampilan dan 247 gol untuk kelab yang pernah beliau beraksi.

Perjalanan gemilang beliau berakhir di Corinthians. Beliau melangkah keluar dari arena bolasepak sebagai seorang legenda yang sukar diganti. 



Berikut sedikit info tentang lagenda bola sepak ini.



Nama Penuh: Ronaldo Luis Nazário de Lima
Tarikh Lahir: 18 September 1976 (34 tahun)
Tempat Kelahiran: Rio De Janeiro, Brazil
Ketinggian: 1.83 m
Posisi: Penyerang

Karier Remaja

1986 - 1989 Tennis Club Valqueire
1989 - 1990 Social Ramos Club
1990 - 1993 São Cristóvão

Karier Senior

1993 - 1994 Cruzeiro
1994 - 1996 PSV
1996 - 1997 Barcelona
1997 - 2002 Inter Milan
2002 - 2007 Real Madrid
2007 - 2008 AC Milan
2009 - 2011 Corinthians


Digg it StumbleUpon del.icio.us

Jumaat, 11 Februari 2011 10 KELAB BOLA SEPAK TERKAYA DI DUNIA 2011


1. REAL MADRID



Nama Kelab: Real Madrid Club de Fútbol
Gelaran: Los Blancos (The Whites), Los Merengues (The Merengues)
Negara: Spain
Ditubuhkan Pada: 6 Mac 1902 (108 Tahun)
Stadium: Estadio Santiago Bernabéu, Madrid (80354 capacity)
Pemilik Kelab: Alfredo Di Stéfano & Florentino Pérez
Pengurus: José Mourinho
Liga: La Liga
Aset: $438.6 Euro

2. BARCELONA




Nama Kelab: Futbol Club Barcelona
Gelaran: L'equip blaugrana , Culers & Blaugranes atau Azulgranas
Negara: Spain
Ditubuhkan Pada: 29 November 1899 (111 Tahun)
Stadium: Camp Nou, Barcelona (99354 capacity)
Pemilik Kelab: Sandro Rosell
Pengurus: Josep Guardiola
Liga: La Liga
Aset: $398.1 Euro

2. MANCHESTER UNITED




Nama Kelab: Manchester United Football Club
Gelaran: The Red Devils
Negara: England
Ditubuhkan Pada: 1878 (133 tahun )
Stadium: Old Trafford (75957 capacity)
Pemilik Kelab: Glazer Family
Pengurus: Sir Alex Ferguson
Liga: English Premier League
Aset: $349.8 Euro

4. BAYERN MUNICH



Nama Kelab: Fußball-Club Bayern München
Gelaran: Der FCB (The FCB), Die Bayern & Die Roten
Negara: Jerman
Ditubuhkan Pada: 27 Febuary 1900 (111 tahun)
Stadium: Allianz Arena (69901 capacity)
Pemilik Kelab: Uli Hoeneß
Pengurus: Louis Van Gaal
Liga: Bundesliga
Aset: $323 Euro

5. ARSENAL




Nama Kelab: Arsenal Football Club
Gelaran: The Gunners
Negara: England
Ditubuhkan Pada: 1886 (125 tahun)
Stadium: Emirates Stadium (60355 capacity)
Pemilik Kelab: Arsenal Holdings
Pengurus: Arsene Wenger
Liga: English Premier League
Aset: $274.1 Euro

6. CHELSEA



Nama Kelab: Chelsea Football Club
Gelaran: The Pensioners & The Blues
Negara: England
Ditubuhkan Pada: 10 March 1905 (106 tahun)
Stadium: Stamford Bridge (41841 capacity)
Pemilik Kelab: Roman Abramovich
Pengurus: Carlo Ancelotti
Liga: English Premier League
Aset: $255.9 Euro

7. A.C MILAN



Nama Kelab: Associazione Calcio Milan
Gelaran:
i Rossoneri (The Red and Blacks), il Diavolo (The Devil) & Casciavit
Negara: Italy
Ditubuhkan Pada: 16 December 1899 (112 tahun)
Stadium: San Siro, Milan (80074 capacity)
Pemilik Kelab: Silvio Berlusconi
Pengurus: Massimiliano Allegri
Liga: Serie A
Aset: $235.8 Euro

8. LIVERPOOL



Nama Kelab: Liverpool Football Club
Gelaran: The Reds
Negara: England
Ditubuhkan Pada: 15 Mac 1892 (119 tahun)
Stadium: Anfield (45276 capacity)
Pemilik Kelab: New English Sport Ventures
Pengurus: Kenny Dalglish
Liga: English Premier League
Aset: $225.3 Euro

9. INTER MILAN



Nama Kelab: Football Club Internazionale Milano
Gelaran: I Nerazzurri, La Beneamata, Il Biscione, Il Serpente & Baüscia
Negara: Italy
Ditubuhkan Pada: 9 Mac 1908 (103 tahun)
Stadium: San Siro, Milan (80074 capacity)
Pemilik Kelab: Massimo Moratti
Pengurus: Leonardo Araujo
Liga: Serie A
Aset: $224.8 Euro

10. JUVENTUS



Nama Kelab: Juventus Football Club
Gelaran: Vecchia Signora, Fidanzata d'Italia, bianconeri , Zebre & Signora Omicidi
Negara: Italy
Ditubuhkan Pada: 1 November 1897 (114 tahun)
Stadium: Stadio Olimpico di Torino (28000 capacity)
Pemilik Kelab: Agnelli Family
Pengurus: Luigi Delneri
Liga: Serie A
Aset: $205 Euro


Info Berkaitan 
1. Ramalan Transfer Untuk English Premier League
2. Laporan Transfer Rasmi: English Premier League
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Selasa, 8 Februari 2011 HACK MOZILLA FIREFOX SUPAYA JADI LAJU MACAM GOOGLE CHROME


Sebelum tu pastikan korang dah update Firefox korang..
Ok jum terus kepada cara - cara nya..
1st open mozilla firefox korang lepas tu taip "about:config" kat address bar.

Klik untuk besarkan

Lepas tu keluar warning "This might void your warranty!" klik kat " I'll be careful, I promise!"

Klik untuk besarkan

Lepas tu akan keluar macam ni..

Klik untuk besarkan

Dengan menggunakan fungsi Ctrl+F, korang cari kod yang saya suruh kat bawah ni.

Kurangkan pengunaan RAM untuk Firefox caching
  • cari "browser.sessionhistory.max_total_viewer" tukar value jadi "0".
Tingkatkan kelajuan loading page Firefox 
  • cari "network.http.pipelining" dan set kan kepada "true".
  • cari "network.http.proxy.pipelining" dan set kan kepada "true".
  • cari "network.http.pipelining.maxrequests" dan setkan kepada "10".
  • right klik kat mana lepas tu pilih New --> Integer. Taip "nglayout.initialpaint.delay" kat dalam kotak tu dan setkan kepada "0".
Kalau korang nak lagi laju, tukar setting kat code ni.
  • cari "network.dns.disableIPv6" dan setkan kepada "false". 
  • cari "content.notify.backoffcount" dan setkan kepada "5".
  • cari "plugin.expose_full_path" dan setkan "true".
  • cari "ui.submenuDelay" dan setkan "0".
  • right klik kat mana lepas tu pilih New --> Integer. Taip "content.switch.threshold" kat dalam kotak tu dan setkan kepada "250000".
  • right klik kat mana lepas tu pilih New --> Integer. Taip "content.notify.interval" kat dalam kotak tu dan setkan kepada "500000".
  • right klik kat mana - mana, lepas tu pilih New --> Boolean. Taip "content.notify.ontimer" kat dalam kotak tu dan tekan enter. Setkan kepada "true".
Kurangkan pengunaan RAM ketika Firefox dalam keadaan minimized
  • right klik kat mana - mana, lepas tu pilih New --> Boolean. Taip "config.trim_on_minimize" kat dalam kotak tu dan tekan enter. Setkan kepada "true" dan tekan enter.
Sekarang korang boleh restart Firefox. Selamat Mencuba!
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Labels

account (1) AirAsia (1) AK5218 (1) Alex Ferguson (1) anti virus (2) antivirus (1) autoblogwalking (1) basah (1) bersara (1) Bill Gates (1) billionaire (1) biodata ronaldo (1) BitDefender SafeGo (1) bola sepak (1) Brazil (1) broadband (1) Bundesliga (1) cantik (1) cara mengatasi (1) Carlo Anchelotti (1) celcom (1) champions league (1) Cheat Engine (1) Chelsea (2) Coca - cola (1) culik (1) David Bechkam (1) delete (1) dera (1) dunia (1) earn money online (1) English Premier League (2) EPL (5) facebook (4) fakta (2) gadis (1) gempa bumi (1) Glazer (1) google chrome (1) GP point (1) Guiness World Records (1) Gulliver's Travel's (1) hack (3) Handphone (1) Harry Redknapp (1) heart beat (1) highlight (1) ibu tiri (1) iklan (1) Jack Black (1) jantina (1) Jepun (1) Jose Morinho (1) jurney (1) kajian (1) kanak - kanak (1) kanser (1) kapal terbang (1) kecil (1) kelab terkaya. English Premier League (1) kering (1) kimia (1) komedi (1) komputer (2) Kuching (2) La Liga (1) laju (3) laptop (1) lelaki (1) line (1) lucu (1) mabuk (1) mala (1) Manchester United (3) matematik (1) mengira (1) metro (1) Microsoft (1) money (1) mozilla firefox (1) muda (1) new year 2011 (1) notepad (1) Nur Dania Qistina (1) onbux (1) orang kaya (1) Pepsi (1) PES2011 (1) PLKN (1) Program Latihan Khidmat Negara (1) ramalan (1) Real Madrid (1) Roman Abramovich (1) Ronaldo (1) Safee Sali (1) sarawak (1) sedu (1) senyum (1) Serie A (1) Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani (1) shoutbox (1) statik (1) tahun baru (1) terbabas (1) tidur (1) tips (7) Tottenham Hotspur (1) transfer (1) transfer window (1) transfer windows (1) tsunami (1) tutorial (6) wanita (1)
 
Copyright 2010 S.E.7.E.N H.O.L.I.C
Carbon 12 Blogger template by Blogger Bits. Supported by Bloggermint