Ronaldo, bekas pemenang tiga kali pemain terbaik FIFA ini telah mengumumkan akan bersara dari arena bolasepak setelah sering mengalami kecederaan dan bergelut dengan kecergasan. Pemain kelahiran Brazil yang berusia 34 tahun itu memutuskan untuk menamatkan kariernya sebagai pemain bolasepak selepas melalui karier yang panjang menerusi Cruzeiro, PSV Eindhoven, Barcelona, Real Madrid, Inter Milan, AC Milan, dan Corinthians.
"Saya sudah tidak sanggup lagi," kata bintang berusia 34 tahun itu kepada akhbar Estado de Sao Paulo.
"Saya ingin teruskan tapi saya tidak sanggup buat lagi. Saya nak beraksi tapi saya tidak dapat buat seperti yang saya inginkan. Sampai sudah masa."
Pemain lageda ini telah memenangi tiga kali pemain terbaik dunia, dua kali Ballon D’Or, anugerah kasut emas Eropah, dua kejuaraan la Liga dan dua kejohanan Copa Americas. Ronaldo juga turut memegang rekod sebagai penjaring terbanyak kejohanan piala dunia dengan 15 gol dan hampir kesemua piala sudah berada dalam kabinetnya. Namun demikian hanya satu gelaran yang beliau gagal untuk julang sebagai pemain paling berjaya ialah kejuaraan Liga Juara-Juara walaupun bermain dengan kelab-kelab ternama.
Walaupun bergelut dengan kecergasan dan berat badan yang meningkat beliau masih mampu menjaringkan 18 gol dalam 31 perlawanan untuk Corinthians. Ronaldo bergelut dalam kecederaan hampir sepanjang kariernya namun jaringan beliau bersama Brazil sukar diatasi dengan 62 gol dalam 97 penampilan dan 247 gol untuk kelab yang pernah beliau beraksi.
Perjalanan gemilang beliau berakhir di Corinthians. Beliau melangkah keluar dari arena bolasepak sebagai seorang legenda yang sukar diganti.
Berikut sedikit info tentang lagenda bola sepak ini.
Nama Penuh: Ronaldo Luis Nazário de Lima
Tarikh Lahir: 18 September 1976 (34 tahun)
Tempat Kelahiran: Rio De Janeiro, Brazil
Ketinggian: 1.83 m
Posisi: Penyerang
Karier Remaja
1986 - 1989 Tennis Club Valqueire
1989 - 1990 Social Ramos Club
1990 - 1993 São Cristóvão
Karier Senior
1993 - 1994 Cruzeiro
1994 - 1996 PSV
1996 - 1997 Barcelona
1997 - 2002 Inter Milan
2002 - 2007 Real Madrid
2007 - 2008 AC Milan
2009 - 2011 Corinthians

10 comments:
jaik at ngga nya dh bersara..lgk pun dah tua juak bah..hehe
baguslah die bersara, daripada terus senyap je kan? kang makin tua makin tak power, makin org lupakan pulak. smentara org msih tk lupakan die tu baik bersara je
elok la tu. dia pun dah tua :P
Patah tumbuh ,hilang berganti...
Adegan merokok di haramkan di China
Bagus juga dia bersara,bagi peluang pada org yg lebih muda utk cipta sejarah plak
bagi peluang dekat orang baru pulak..tapi sayang..die berbakat..
tak terlalu klasik, tapi memang efficient,
tidak terlalu lagenda, tapi hampir2 ketahap tu...
tapi yang pasti lebih best dari Ronaldo yg ada kat real madrid yang kuat merengek skang ni....
OK LAH TU BERSARA.. BADAN DIA MEMANG TAK BOLEH NAK KURUSKAN LAGI PASAL KECEDERAAN LUTUTNYA MEMBATASKAN PERGERAKAN.
dah lama x dengan nama ronaldo dalam dunia bola sepak.
slmt tingal ronaldo.. hik3~ ^_^
Catat Ulasan