Haaa!!....setelah 2 minggu menyepikan diri akhirnya saya kembali. Bukan kerana merajuk ke apa. Line broadband punya pasal la. Slow tahap gaban! Ok2 stop..entri hari ni bukan nak marah broadband ke, celcom ke..tapi nak cerita pasal..............
" Hik! hik! hik! oppsss! hehe..sedu pula. hik! "
Saya percaya semua orang pernah mengalami situasi macam ni kan..kan..kan? Apa tu sedu? Sedu atau dalam bahasa orang putih hiccups adalah keadaan dimana diafram, otot berbentuk kubah yang terletak didasar dada kita terganggu dan apabila ini berlaku, ia akan menarik ke bawah dalam keadaan yang tersentap. Udara yang masuk ke dalam akan melanggar kotak suara kita sekaligus mengeluakan bunyi, " Hik! hik!"
Punca - punca kesedukan!
- Menelan terlalu banyak udara
- Ketawa yang over (selalu nye ni la punca saya sedu)
- Makan secara lahap
- Berasa bimbang
- Rasa Teruja
- Merokok
- Mengambil alkohol secara berlebihan
Tahan Nafas selama 10 saat dalam keadaan bersandar atau baring
Ini adalah cara yang paling selalu saya gunakan. Tujuannya adalah supaya kita bertenang dan mengawal pernafasan.
Urut bahagian atas atau belakang langit - langit mulut
Cara ni mungkin nampak pelik sikit tetapi membantu juga. Ini kerana dengan mengurut di bahagian langit - langit, ia akan merangsang saraf vagus yang akan menyebabkan tindakbalas pada diafram. Gunakan kapas cotton - tipped applicator. Lepas sedu berhenti, korang boleh guna kapas tu untuk korek telinga pula ek.
Minum segelas air sejuk dengan cepat
Ini adalah cara yang paling popular di amalkan. Serupa dengan kaedah di atas, air akan merangsang saraf vagus sekaligus membuatkan kita melupakan sedu untuk seketika.
Bernafas didalam pelastik untuk 2 ~ 3 minit
Kaedah ini bertujuan supaya kita bertenang dan mengawal pola pernafasan. Tapi tidak di galakkan dilakukan di tempat awam kerana dikhuatiri anda di anggap mengalami masalah mental. haha.
Bersendawa
Dengan bersendawa, ia akan membatalkan udara yang masuk yang menyebabkan kita sedu. Air berkarbonat seperti coca- cola, pepsi dan sebagainya boleh menyebabkan korang bersendawa sekiranya di ambil berlebihan. Tetapi fikir dulu sebelum minum kerana air berkarbonat ni menjejaskan kesihatan seperti yang saya nyatakan pada entri lepas. Rahsia di sebalik Coca -cola dan Pepsi!
Kalau sedu tu tak juga berhenti, jumpa doktor la ye. Ada banyak lagi cara sebenarnya tapi cukup la setakat ni.
*Artikel ini ditulis setelah diri sendiri kesedukan kerana bergurau mentertawakan adik. padan muka! hehe.
17 comments:
owh patutlah lama menyepi.....
cara tahan nafas tu aku biasa buat,mmg mujarab.Yg lain2 tu tak pernah lagi.
saya suka sedu and kalau boleh biar lah lambat sket hilangnya.. hehe
INFO BERGUNA.. :) KALAU SAYA TERSEDU, PASTI SAYA AKAN PRAKTIKAN APA YANG AWAK TULIS..
great info ! thanks for sharing..:)
pernah dengar orang kalau tersedu ambil secebis kertas dan letak kat dahi? until now tak tahu pun kesahihan die..hehe
kmk slalu sedu.mn terlalu sejuk.hehe.arum bulak,ari2 mek sedu..
kalau selalu minum air jek tp cam x berapa berkesan jek..thanks atas info baru ini huuu
good info..
Apa Pandangan Anda Tentang Blog Saya
Yang thn nafas tu btol2 jd..dh suruh adik try wat lps bace kat sini..dia sdiri pon x caye..
sy cuba buat yang tahan nafas tu ok kejap je.. xlama pastu sedu semula :(
selalunya kalau kena sedu, saya akan minum air...then akan hilang... sama ngan anak saya... hehe
http://dialoguda.blogspot.com/2012/09/love-ayies-patah.html
Lgi satu tip....baca entri nih^^....aq bca entri nih smpai abis pastu x sedu dh...
@puteri ain
eh?bkn secebis daun hijau ke...
hehehe...
Assalamualaikum.
Terima kasih sebab share tips berguna ni. Bru jap td amalkan Alhamdulillah hilang sudah sedu saya.. Tq so much!
Tq kerana share tips. Sy guna cara bernafas dlm plastik mmg berkesan.
Tq kerana share tips. Sy guna cara bernafas dlm plastik mmg berkesan.
Catat Ulasan