David Bechkam..
Bechkam sebelum ini menegaskan bahawa United adalah satu-satunya pasukan Inggeris yang akan disertainya, tetapi satu kepulangan ke Old Trafford dijangka tidak akan berlaku dan bekas kapten antarabangsa England itu bersedia untuk menyertai kelab lain ketika beliau mahu membuktikan kecergasannya kepada jurulatih England, Fabio Capello. Keputusan akhir sama ada Beckham menyertai Tottenham atau tidak, bergantung kepada Galaxy dan Redknapp mengakui kelab itu perlu bertindak pantas untuk mencapai satu perjanjian.
Bos Spurs...Harry Redknapp
Bechkam menghabiskan dua penutup musim terakhir dengan kontrak pinjaman ke AC Milan, sebahagiannya dalam usaha untuk terus bermain untuk England tetapi kecederaan menyebabkan beliau tidak dapat beraksi di Piala Dunia 2010. Walaupun Beckham berada di penghujung kerjayanya, Redknapp percaya pengalaman dan keupayaan melakukan hantaran lintang tepat adalah calon ideal untuk sokongan kepada pemain sayap, Aaron Lennon.
p/s: Bechkam masih ada hasrat nak kembali ke OT :D









