*Tutorial ini hanya untuk windows 7 sahaja.
Bagi yang baru sahaja mengenali komputer dan ingin mengetahui secara lebih lanjut tentang komputer, di sini saya akan memberikan panduan bagaimana untuk reformat komputer/laptop anda kerana saya mendapati masih ramai yang belum mengetahui cara asas memformat komputer.
Apa tujuan reformat dilakukan?
1. Masalah driver
2. Masalah system
3. Virus
4. Tujuan pembersihan
PERHATIAN!
Sebelum kerja format dilakukan, pastikan data- data penting yang ada didalam komputer anda telah di backup. Data-data seperti paperwork, assignment, gambar-gmbar, lagu-lagu, dokumen-dokumen disimpan didalam pendrive ataupun external hard disk buat sementara waktu untuk mengelakkan data-data tersebut hilang semasa proses memformat dilakukan. Ataupun gunakan aplikasi Recovery Disks yang ada pada windows 7 untuk memudahkan proses backup.
Reformat
1. Setelah proses backup dilakukan, masukkan DVD installer windows 7 anda ke dalam DVD drive kemudian shutdown kan komputer anda. Setelah komputer shutdown, on semula komputer anda.
2. Satu arahan pada skrin akan terpapar seperti berikut "press any key to boot from cd". Tekan mana-mana key pada keyboard anda. Kemudian proses loading files akan bermula. (Skip arahan ke.3 sekiranya anda berjaya pada langkah ini.)
3. Sekiranya arahan "press any key to boot from cd" tidak terpapar, anda harus menukar setting boot komputer anda. Caranya ialah turn off semula komputer anda dan on kan kembali. Sebelum komputer memasuki windows tekan pada key "ESC" untuk memasuki boot setting. (setiap model komputer mempunyai kaedah yang berlainan).
4. Selepas proses loading files tamat, visual seperti dibawah akan terpapar pada skrin anda. Anda disarankan menukar bahagian "Time and currency format" sahaja. Setelah selesai klik pada next.
5. Pada arahan seterusnya klik pada " INSTALL NOW ". Tunggu sehingga license term dipaparkan klik pada kotak "I accept the license term". Seterusnya klik pada next.
6. Kemudian visual dibawah akan terpapar pada skrin anda. Klik pada "Custom (Advanced)".
7. Untuk paparan yang seterusnya sila klik pada "Driver Option". Dan paparan tersebut akan berubah seperti screenshot dibawah.
8. Sekirannya komputer anda telah mempunyai partition, anda hanya perlu menginstall windows pada partition jenis "System" sahaja. Klik atau select partition tersebut kemudian klik Format. Selepas itu klik pada next. Seterusnya proses install bermula sehingga komputer akan restart secara automatik.
9. Selepas komputer restart, anda diminta untuk memasukkan username, nama pc dan password anda. Ikut arahan seterusnya.
10. Kemudian anda diminta untuk memasukkan key windows 7 anda.
11. Akhir sekali setkan tarikh dan masa.
Selamat mencuba!
1 comments:
Hurrah, that's what I was looking for, what a stuff! existing here at this webpage, thanks admin of this site.
Feel free to surf to my web page ... catering companies
Catat Ulasan