Sabtu, 24 Disember 2011 TIPS - TIPS TEMUDUGA INSTEP PETRONAS



Pada 16 Disember 2011 saya telah mendapat tawaran temuduga daripada INSTEP untuk kursus Program Teknologi Petroleum (PTP-1). Maklumat temuduga tersebut adalah seperti berikut.

Tarikh: 18 Disember 2011
Masa: 8 Pagi
Pusat Temuduga: Pullman Kuching
Tempat: No. 1A, Jalan Mathies, 93100, Kuching, Sarawak

Ok sebelum tu nak intro dulu apa itu INSTEP. INSTEP ni ialah Institut Teknologi Petroleum Petronas yang terletak di Bukit Rakit, Kuala Terengganu.

Sesi temuduga ada 2.
1. Ujian bertulis 
- Untuk ujian ni kita akan diuji dengan 100 soalan dalam masa 45 minit. 
- Jangan risau sebab soalan dalam bentuk objektif.
- Soalan merangkumi Grammar English, Math, IQ test, Logik Engineering dan Pattern Recognization. 
- Kalkulator tidak dibenarkan
- Nak pass ujian ni korang kena baca sekali soalan dan terus jawab. Takleh nak fikir lama2 dan semak jawapan sebab memang korang takkan sempat. Memang kena cepat pick-up la. Pengalaman saya, saya tidak sempat menjawab 10 soalan terakhir kerana masa sudah tamat. So terpaksa la guna skill " Random Pick". hehe.

2. Interview
- Kebanyakkan temuduga diorang interviewer cuma 2 orang je. Ntah macam mana time saya temuduga interviewer ada 3 orang. 
- Interviewer tersebut terdiri daripada seorang Jurutera Petronas, Jurutera MLNG Bintulu dan sorang dari INSTEP. Maybe staff atau pengajar.
-Masa interview saya diminta memperkenalkan diri dulu (ceritakan tentang diri anda) dalam masa lebih kurang 5 minit dalam english.
- Lepas tu diorang tanya soalan ni pula. Apa yang anda tahu tentang Petronas?
- Apa itu LNG?
- Tahu INSTEP dari mana? Kenapa masuk INSTEP? Kenapa korang layak masuk?
- Masa saya ditemuduga saya diminta untuk  menjelaskan Projek Final Year saya dengan menggunakan whiteboard. Maksudnya kena lukis la dan explain.

Faedah join INSTEP
-6 bulan belajar di INSTEP dan 6 bulan lagi on job training untuk kursus PTP-1.
- Elaun diberi
- Penginapan, pengangkutan dan makan semua ditanggung oleh Petronas.
-Peluang kerja dengan Petronas memang tinggi
-Peluang kerja dengan company oil & gas lain pun cerah.

Bond?
- 2 tahun kerja dengan Petronas sekiranya di offer.
- Korang akan terlepas dari bond sekiranya tidak menerima apa-apa tawaran dari Petronas dalam masa 6 bulan selepas tamat di INSTEP.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

204 comments:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 204 daripada 204   Terbaru›   Baru»
pandagemok berkata... [Reply to comment]

Adik kmk baru jk dpt sms intview instep..sbtu tok intview d kch..ada tip x?

Unknown berkata... [Reply to comment]

Assalamualaikum.. kalau saya dari diploma sains major in physics boleh tak mohon. and nak tahu bila permohonan untuk INSTEP ni bukak? ty

Tanpa Nama berkata... [Reply to comment]

Pakai spek xda masalah, kerja kat pelantar pun ada yg pkai spek. Di umumkn.. instep buat masa ini tidak mengambil pelajar sehingga notis terbaru yg mengatakan instep dibuka.. diharap semuanya bersabar dan berdoa supaya harga minyak kembali stabil dan naik..

Tanpa Nama berkata... [Reply to comment]

Reault kna tya google translate Dg.

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 204 daripada 204   Terbaru› Baru»

Labels

account (1) AirAsia (1) AK5218 (1) Alex Ferguson (1) anti virus (2) antivirus (1) autoblogwalking (1) basah (1) bersara (1) Bill Gates (1) billionaire (1) biodata ronaldo (1) BitDefender SafeGo (1) bola sepak (1) Brazil (1) broadband (1) Bundesliga (1) cantik (1) cara mengatasi (1) Carlo Anchelotti (1) celcom (1) champions league (1) Cheat Engine (1) Chelsea (2) Coca - cola (1) culik (1) David Bechkam (1) delete (1) dera (1) dunia (1) earn money online (1) English Premier League (2) EPL (5) facebook (4) fakta (2) gadis (1) gempa bumi (1) Glazer (1) google chrome (1) GP point (1) Guiness World Records (1) Gulliver's Travel's (1) hack (3) Handphone (1) Harry Redknapp (1) heart beat (1) highlight (1) ibu tiri (1) iklan (1) Jack Black (1) jantina (1) Jepun (1) Jose Morinho (1) jurney (1) kajian (1) kanak - kanak (1) kanser (1) kapal terbang (1) kecil (1) kelab terkaya. English Premier League (1) kering (1) kimia (1) komedi (1) komputer (2) Kuching (2) La Liga (1) laju (3) laptop (1) lelaki (1) line (1) lucu (1) mabuk (1) mala (1) Manchester United (3) matematik (1) mengira (1) metro (1) Microsoft (1) money (1) mozilla firefox (1) muda (1) new year 2011 (1) notepad (1) Nur Dania Qistina (1) onbux (1) orang kaya (1) Pepsi (1) PES2011 (1) PLKN (1) Program Latihan Khidmat Negara (1) ramalan (1) Real Madrid (1) Roman Abramovich (1) Ronaldo (1) Safee Sali (1) sarawak (1) sedu (1) senyum (1) Serie A (1) Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani (1) shoutbox (1) statik (1) tahun baru (1) terbabas (1) tidur (1) tips (7) Tottenham Hotspur (1) transfer (1) transfer window (1) transfer windows (1) tsunami (1) tutorial (6) wanita (1)
 
Copyright 2010 S.E.7.E.N H.O.L.I.C
Carbon 12 Blogger template by Blogger Bits. Supported by Bloggermint