Ketika sedang asyik membaca newspaper(online), saya tertarik dengan berita yang sangat menyayat hati ini. Kanak - kanak yang berusia 3 tahun, yang baru merasai kehidupan di dunia ini, di dera dengan kejam oleh ibu tiri nya. Lebih memilukan, terdapat 73 kesan lebam pada seluruh badan kanak-kanak ini. Timbul persoalan dalam fikiran saya, apakah kesalahan kanak-kanak ini sehingga di dera sedemikian rupa? mengapa ada sesetengah manusia yang sanggup melakukan perbuatan seperti ini? di manakah nilai perikemanusiaan dan belas kasihan yang terdapat pada seseorang itu? Sehinggakan saya sendiri tidak sanggup melihat binatang dibunuh, apatah lagi manusia. Saya ingin mengajak pembaca sekalian, apakah perasaan anda sekiranya, kanak-kanak ini adalah anak atau adik kepada anda?
JOHOR BAHRU – Kesengsaraan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terpaksa menanggung pedih didera dipercayai oleh ibu tirinya sejak tiga bulan lalu berakhir dengan tragedi apabila dia disahkan mati di Kampung Sungai Tiram di sini kelmarin.
Lebih memilukan, kematian Nur Dania Qistina Nurafizan didakwa cuba disembunyikan oleh bapanya yang menghubungi bekas isterinya, Nur Aquilla Razali, 27, mengatakan mangsa mati kerana lemas selepas tertonggeng di dalam baldi di bilik air.
Lelaki itu yang cemas sebaik melihat anaknya tidak bernafas kemudian membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada pukul 8.25 pagi sebelum Nur Dania Qistina disahkan mati 35 minit kemudian.
Namun, bedah siasat mendapati terdapat 73 kesan lebam di seluruh badan Nur Dania termasuk muka, kaki dan badan dipercayai dipukul dengan benda keras atau tangan.
Difahamkan, Nur Dania Qistina bersama kakak, Nur Dania Batrisyah, 5, dan adiknya, Danish Irsyad, 1, dibawa tinggal bersama bapa dan ibu tirinya sejak tiga bulan lalu. Sebelum ini ketiga-tiga beradik itu menetap di rumah datuknya, Razali Ismail, 56, di Mersing, Johor.
p/s: Setiap kali baca berita macam ni, timbul perasaan geram. Geram dengan manusia yang keji.
5 comments:
Kejam dan sadis....
Payung LED
kejam gile mak tiri oi!!!
alamak..td de idea nk wt entry sal nih..tp **[Sh0p@h0Lic]~[TiMe$]** da wt laa...sdey sgt2 ble tgk cover page UTUSAN brita psl neh...mne pg nye kasih syg dlm dr masing2...nauzubillah...for me n myself..sgt syg kt budk2..sgt xske tgk dorg kne marah..kne pukul (pukul syg xpe..i.e mak dorg cubit sket coz dorg nakal sgt)...mmg btol2 t'sentuh bce tajuk dye..(xsmpt nk bce full story td)
note: oi mak tiri xde at perot..ko nk bapak je ke..anak xnk..sesuke mak tiri ko je blasah anak org...-end-
@Miecyber : terlampau kejam
@AesyaZealous : kene rasuk setan kot mak tiri dia.
@mALd!EyA : agak2 ape hukuman setimpal utk mak tiri dia ek?
kejamnya.. patotnya dera blek si pendera tuh.. huk3~ =.="
Catat Ulasan