KUCHING - 11 JAN 2011
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) yang ditutup sejak malam tadi selepas pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat, dijangka terus ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak.
Malaysia Airports Berhad (MAB) memberitahu sebanyak 24 penerbangan terjejas setakat 11 pagi ini.
Hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 7.30 pagi ini iaitu MH2505 ke Kuala Lumpur, kata MAB.
Penerbangan lain yang terjejas termasuk 11 membabitkan AirAsia, lapan Penerbangan Malaysia dan lima penerbangan MASWings.
Penumpang yang berkenaan dinasihatkan agar menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai perkara itu.
MAB berkata dalam kejadian jam 10.15 malam semalam itu, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur terbabas dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat.
Usaha mengalihkan pesawat itu sedang dilakukan namun berdepan kesukaran berikutan keadaan hujan lebat yang melanda sejak semalam, kata MAB.
Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu pemberita hari ini, pesawat itu membawa 124 penumpang dan enam anak kapal.
Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital di Kuching, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Maritim Kebangsaan di Kuala Lumpur.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin A Rahman, ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian.
Beliau berkata, pihaknya telah pun menghantar pegawai bersama jurutera AirAsia untuk siasatan lanjut punca kejadian.
Sementara itu, seorang penumpang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Balai Ringin, Snowdan Lawan, memberitahu pemberita ia berlaku dalam keadaan hujan yang sangat lebat.
"Keadaan cuaca amat gelap dan pesawat melambung ke kiri dan ke kanan sebaik saja mendarat sebelum tiba-tiba terbabas ke kawasan bertanah di tepi landasan," katanya.
Difahamkan penumpang pesawat tersebut terpaksa berjalan kaki sejauh 800 meter untuk ke bangunan terminal.
11 comments:
millo mintak izin nak copy gambar kapal terbang masuk lopak tu...TQ
Bahaya sungguh kepada penerbanagn jika cuasa buruk...
Payung LED
Otromen xdtg tlg slmtkn ker?hoho...
dasyatnyer...
urm...cuaca sekarang memang teruk sket
asyik hujan dan cloudly
Beza Antara HARIMAU MALAYA Dan HARIMAU MALAYSIA
Boleh ker cara ni naikkan TRAFIK ?
apabila ajal dah smpai.. huk3~ semoga kita dpt amik iktibar sbb kematian bleh jemput kita bila2 masa je.. T_T
@Millomocca: ye2 silakan..gmbr esklusif tu. dekat & clear. :D
@Miecyber: xtau la. knp diorang teruskn penerbangan time cuaca buruk.
@Odahone: smlm 1 hari ujan tanpa henti. otomen mls kuar. :P
@Momoy: mcm biase, musim ujan
@keen: tu cuma terbabas je, stakat ni blum ade kes terhempas. jgn risau sgt. sy pernah guna flight tu time gi kl dl. :P
huhuhu..bhy btol..br nk g sabah next month...
seram lak..
ni yg takot nk nek flight neh..huhu...
tp sebek xde serious injury kan..tulah..airlines skang neh kne ht2..klu cuaca buruk..tangguh kan jela flight tuh..if i'm not mistake...diz is the 1st accident rite??
note=bru berangan nk nek flight g honeymoon nnt..huhu~
sian pilot lam ya ..
fyna: cuma terbabas je tu..landasan licin. lgpun kn skrg musim ujan sbb pilot tu kata mereka dh mendarat dgn selamat,cuma time nk brek tu pesawat lari dari landasan. xdpt dikawal. :)
mALd!EyA: xtau la. rase2 nye 1st time la. mayb time pesawat kt LCCT, cuaca kt Kuching masih ok dan time tgh terbang tiba2 ujan pl. ye lah kita xdapat ramal secara tepat cuaca ni kan. hehe.
Umie Nadihrah: yep...nasib tiada yg terkorban.
hi , thanks for sharing this ,well have you demo download video of this
Catat Ulasan