-Pastikan anda sentiasa mengimbas pendrive dan USB bagi mengurangkan risiko serangan virus pada komputer anda. Langkah mudah ini perlu dilakukan dengan kerap kerana pendrive yang digunakan pasti kerap dimasukkan ke dalam pelbagai komputer, oleh itu imbas dahulu sebelum menggunakannya dengan antivirus yang terdapat dalam komputer anda.
2. Imbas Hard Disk
-Setiap kali membuka komputer, pastikan anda tidak lupa untuk mengimbas hard disk yang akan anda gunakan. Cara ini mampu mengurangkan serangan virus semasa membuat sesuatu kerja.
3. Imbas CD Drive
-Selain pendrive, CD juga berpontensi menyumbang virus masuk ke dalam komputer anda.
4. Beri perlindungan pada pendrive sekiranya digunakan pada komputer orang lain
-Jika ingin menggunakan pendrive anda pada komputer orang lain, pastikan anda turut mengimbas pendrive dengan menggunakan langkah yang sama bg mengelakkan virus menghapuskan semua dokumen yang telah anda siapkan.
5. Pasang dan kemas kini antivirus anda secara kerap
-Kemas kini ataupun update antivirus anda mengikut tempoh yang ditetapkan. Kebanyakkan antivirus pada masa kini mempunyai sistem auto update dimana ia akan mengemaskini secara automatik apabila terdapat sambungan internet.
6. Jangan muat turun atau download sebarang fail
-Banyak virus yang dihantar melalui email dalam bentuk fail. Oleh itu, sekiranya anda tidak pasti tentang kewujudan sesuatu fail atau ragu-ragu dengan fail itu, jangan muat turun fail tersebut.
0 comments:
Catat Ulasan