Menakjubkan! Bayi perempuan ini berjaya diselamatkan di Sendai dan di sahkan masih hidup selepas 3 hari berada di bawah runtuhan akibat tsunami dan gempa bumi yang berskala 9 Richter yang mengegar Jepun pada jumaat lalu.
Bayi tersebut tidak mengalami kecederaan dan di temui dalam keadaan kesejukan, basah dan menangis. Sebelum dia di jumpai, pasukan penyelamat sudah menemui sekurang-kurangnya 2000 mayat di sepanjang kawasan tempat bayi tesebut di jumpai. Persoalan kenapa dia tidak lemas menjadi tanda tanya dan misteri.
Bayi tersebut dikatakan terlepas daripada pangkuan ibu bapanya apabila ombak besar memusnahkan kediaman mereka. Keluarga malang itu percaya bahawa mereka akan kehilangan bayi itu buat selama-lamanya. Dia kemudian dipertemukan semula dengan bapanya yang dilihat sangat gembira.
0 comments:
Catat Ulasan