Ahad, 30 Januari 2011 WANITA DISARAN TIDUR LAPAN JAM


Banyak manfaat kesihatan yang diperolehi jika seseorang memiliki waktu tidur dan rehat yang cukup. Bagi golongan wanita, manfaatnya bukan sekadar mencegah pelbagai jenis penyakit tetapi juga boleh membuatkannya lebih cantik.

Fakta ini ditemui hasil kajian yang dilakukan oleh pakar dari Karolinska Institute di Stockholm. Kajian ini melibatkan 23 peserta wanita yang usianya masih muda.


Pada eksperimen pertama, para peserta diminta tidur pada pukul 11.00 malam dan memasang loceng amaran untuk bangun pukul 7.00 keesokkan harinya.

Setelah bangun tidur selama lapan jam, foto wajah peserta diambil tanpa menggunakan bedak muka dan hiasan rambut.

Hari berikutnya waktu tidur para peserta dikurangkan menjadi lima jam. Untuk memastikan tidak ada yang tidur melebihi waktu yang ditentukan, seluruh eksperimen dijalankan di sebuah makmal di bawah pengawasan para pengkaji.

Foto - foto diambil pada eksperimen pertama dan kedua diserahkan kepada sekumpulan lelaki yang memberi penilaian mengenai kecantikan para peserta.

Foto yang paling menarik diberi skor 10 dan yang paling buruk mendapat skor 1.

Ternyata, foto-foto yang diambil setelah tidur selama lapan jam cederung mendapat skor lebih tinggi berbanding foto tidur hanya lima jam. Sementara itu lelaki yang menilai foto-foto itu tidak diberitahu masa foto-foto ini diambil.

Hasil kajian ini menguatkan bukti bahawa kurang tidur boleh mempercepatkan kehadiran kerutan terutamannya di bahagian wajah dan leher.

p/s: Lepas ni korang kena la tidur awal kalau nak nampak lebih muda dan cantik/hensem. hehe

Korang boleh ke tdo macam ni? ahakz!..



*Sumber gambar dari Uncle Google.

.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Khamis, 27 Januari 2011 LINDUNGI FACEBOOK ANDA DENGAN BITDEFENDER SAFEGO


BitDefender, pemenang award "provider of innovative internet security solutions", telah memperkenalkan BitDefender SafeGo BETA yang merupakan sebuah aplikasi yang menggunakan teknologi canggih BitDefender scanning untuk dimuatkan kedalam rangkaian sosial. Di reka untuk digunakan pada berbagai rangkaian sosial, BitDefender SafeGo  ini sedang diuji BETA di Facebook. Melalui kaedah yang ringkas, aplikasi BitDefender SafeGo ini menyemak tahap privasi pengguna dan mengenalpasti maklumat peribadi yang dapat dilihat oleh orang lain. Aplikasi ini juga melindungi wall penguna, mesej di dalam inbox dan komentar daripada link yang berbahaya dan meneliti kandungan fail yang dikongsikan seperti video dan gambar. 





Dengan mengunakan aplikasi ini, pengguna akan menerima:

1. Perlindungan Privasi - pengguna akan diberi amaran bilakah mereka harus mengubah tetapan untuk privasi supaya maklumat peribadi mereka tidak terdedah.

2.Imbasan automatik-pengguna hanya perlu menekan butang "scan now" untuk mendapatkan gambaran keselamatan status mereka.

3. Perlindungan sepanjang masa- akaun Facebook dilindungi walaupun ketika pengguna tidak log masuk ke Facebook.

4. Perlindungan untuk rakan - pengguna memiliki kemampuan untuk memberitahu rakan-rakan mereka tentang link yang telah dijangkiti didalam akaun mereka.




Untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai SafeGo BitDefender ini, sila layari laman 

*BitDefender SafeGo app di http://apps.facebook.com/bd-safego/.

*Website BitDefender 


sumber gambar: Google
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Rabu, 26 Januari 2011 TIPS MENGELAKKAN AUTOBLOGWALKING HARAM

Autoblogwalking haram yang saya maksudkan ni adalah kaedah autoblogwalking yang menguntungkan sebelah pihak je. Kalau nak tau lagi pasal autoblogwalking ni, baca kat blog Pendekar Berkuda & Zack. Untuk atasi masalah ini, saya telah menggunakan kaedah berikut.

1. LOCK SHOUTBOX.


kalau belum ada shoutmix klik kat create la..yang dah ada klik manage

masukkan id & password shoutmix korang..

Klik kat setting..pilih website lock

letak URL blog korang kat sini..pastu save la.


ni hasil nye..



2. GUNAKAN WIDGET YANG DAPAT MENGESAN TRAFIK/VISITOR.

kita dapa tau sapa yang betul2 datang ke blog kita & wajib terjah ke blog diorang balik..
saya dapat widget ni kat GengBlogger..


Widget ni pun berguna juga..



3. GALAKKAN PENGUNJUNG MENINGGALKAN KOMEN.

ni cara paling bagus nak tinggalkan jejak korang..
komen korang akan terus lekat kat post tu..
dan yang komen2 kat situ pun memang pengunjung sebenar..
bukan guna software terjah shoutbox je..
saya cadangkan korang guna komen jenis Pop-out-window..
kalau boleh xperlu la letak word verification ek..


Jangan lupa reply komen diorang ek..
nanti org kata sombong..
diorang xmau dtg lg..
huhu..


p/s: sekarang ni nak blogwalking x leh nak harapkan shoutbox jer..kalau korang ada cara2 lain, kongsi2 la ek.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Ahad, 23 Januari 2011 TUTORIAL LETAK IKLAN HEARTBEAT SECARA STATIK


Korang mesti dah tau ape tu iklan Heart Beat ni kan?..
Kepada sesape yang blom tau tu, kalau nak info klik je kat iklan Heart Beat tu..
ada kat atas sebelah kanan (sidebar kanan)..
tapi
entri ni bukan nak explain tentang iklan Heart Beat tu..
cuma nak bagi tutorial atas permintaan rakan blogger kita..
jeng jeng jeng..hehe
ni soalan dari beliau..


maksud beliau adalah seperti ini..


cara nak letak iklan ni macam biasa je cuma kena adjust sikit kod..
ni kod yang saya pakai..


<div style='display:scroll; position:fixed; top:5px; right:5px;'><blink>KLIK </blink><a href="http://heartbeat.my?rid=6348" target="_blank"><img src="http://heartbeat.my/aff/120X240a.gif" border="0" /></a></div>


Korang copy kod kat atas dan cuma perlu tukar yang berkaler merah tu jer:

1. top = tukar 'bottom' kalau korang nak iklan tu statik kat bawah je.
2. right = tukar 'left' kalau korang nak iklan tu kat bahagian kiri.
3. KLIK = kalau korang guna browser Mozila Firefox, perkataan KLIK ni akan blink2. Korang boleh tukar perkataan ni kalau korang nak.

4. 
<a href="http://heartbeat.my?rid=6348" target="_blank"><img src="http://heartbeat.my/aff/120X240a.gif" border="0" />

yang ni korang tukar dengan kod banner yang korang pakai..

SELAMAT MENCUBA





Digg it StumbleUpon del.icio.us

Sabtu, 22 Januari 2011 PURA - PURA MABUK UNTUK SELAMATKAN DIRI


KUCHING: Tindakan bijak seorang remaja perempuan berpura - pura mabuk selepas dipaksa meneguk minuman keras, berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa culik sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Kampung Tabuan Melayu di sini, kelmarin.

Pelajar 16 tahun sebuah sekolah menengah disini itu, dikatakan terlebih dahulu ditarik masuk ke dalam sebuah van yang dinaiki empat lelaki ketika berjalan sendirian untuk ke sekolah di Jalan Sungai Periuk dekat Padungan.

Suspek juga dikatakan mengeluarkan sebilah pisau yang diacu ke arah mangsa dan memintanya tidak membuat bising jika tidak mahu dicederakan.

Menurut sumber, ketika didalam van, mangsa mendakwa seorang suspek memaksanya minum minuman keras dan remaja itu kemudiannya berpura- pura mabuk.

Ketika dalam perjalanan menuju ke sebuah lokasi yang dikatakan untuk menyembunyikan remaja terbabit, keempat - empat suspek memberhentikan van dan kesempatan itu diambil mangsa dengan berlakon kononnya dia tidak mampu berjalan akibat mabuk.

Suspek dikatakan terpedaya dengan lakonan remaja berkenaan lalu berbincang berkenaan lokasi lain yang lebih sesuai untuk mengurung mangsa.

Kelalaian suspek mengadakan perbincangan memberi ruang kepada gadis berkenaan bangun dan melarikan diri ke sebuah rumah berdekatan untuk mendapatkan pertolongan.

Terkejut dengan helah mangsa, keempat- empat suspek melarikan diri meninggalkan lokasi berkenaan dengan van berkenaan dan mangsa menghubungi ahli keluarganya memaklumkan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner berkata, polis menerima laporan daripada keluarga mangsa beberapa jam selepas dia berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa penculikan.

Beliau berkata, identiti keempat- empat suspek masih belum dikenalpasti dan polis masih menjalankan siasatan dan meminta orang ramai menyaksikan kejadian itu menghubungi balai polis berdekatan. 

Sumber: Harian Metro Edisi Sarawak/Sabah - 22 Jan 2011



Kata - kata Admin: 1st time study kat area Kuching ni kawan2 memang dah bagi warning, jangan pergi ke kampung tu lebih2 lagi time malam. Sekarang dah 4 tahun tinggal kat Kuching ni..memang dah biasa dengar kes2 jenayah kat area tu. Kes ragut la, rompak, curi, pecah rumah, gaduh, baru2 ni culik pula..ish. Maybe polis patut kerap meronda kat kawasan tu.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Khamis, 20 Januari 2011 CARA NAK LAJUKAN SPEED LINE BROADBAND

Apa perasaan korang bila korang dapat mesej macam ni time tengah best2 online?


Mesti korang cakap " Ahhh!! broadband minta duit pula! "
Lepas ni slow la speed line broadband..
Sementara nak kumpul duit bayar bil..
Ni cara yang saya selalu guna untuk lajukan speed tu macam biasa..

1st korang jangan connect ke internet guna software macam celcom broadband ke, digi ke..
korang connect guna Network & Sharing Center macam kat gambar ni..


Lepas tuh korang klik kat START..
kat dalam kotak tu taip "cmd' macam kat gambar ni..


lepas taip korang tekan enter..lepas tu keluar cmd.exe. ..korang taip pula " ipconfig " macam kat gambar ni


lepas tu akan keluar senarai connection korang..


cari ip address untuk broadband korang..
rujuk gambar kat bawah ni..


taip " ping IP ADDRESS KORANG -t " macam kat gambar bawah ni..tekan ENTER



last sekali jadi macam ni..korang cuma minimize je benda ni..
kalau nak offline..close je. 



SELAMAT MENCUBA..



Digg it StumbleUpon del.icio.us

Selasa, 18 Januari 2011 CARA MENGENALPASTI JANTINA LAPTOP ANDA



1) Buka notepad korang lepas tu paste code ni dalam notepad tu: 

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"Hi baby, I Love you"

2) Lepas tu klik 'File', 'Save as', tukar save as type kepada 'All Files'. 

3) Lepas tu copy code ni jantinalaptopsaya.vbs , pastekan kat File Name. Kalau nak senang korang save kat desktop je file ni.

4) Close notepad kalau dah save. Lepas tu double click kat file (jantinalaptopsaya.vbs) yang korang save tadi dan korang akan dengar suara laptop korang.

5) Cuba dengar betul - betul suara tu. Suara perempuan ke lelaki? (Pastikan volume korang full)

Selamat mencuba..


p/s: Wahh..laptop sy perempuan. nasib bkn lelaki..fuhh. nnti lain pula orang fikir. hehehe.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Isnin, 17 Januari 2011 TUTORIAL UNTUK 'DELETE' AKAUN FACEBOOK

Time  berfacebook pagi tadi, seorang dari rakan facebook saya bertanya menerusi ruangan chat: 
"Bro tau x camne nak delete akaun facebook? ingat nk wat yang baru la." 

Ada sesetengah orang anggap kalau nak delete akaun Facebook hanya ada satu je cara iaitu dengan "mematikan" akaun. Kalau ada diantara korang yang pernah cuba untuk mematikan akaun dari Account Page, profil dan semua maklumat yang berkaitan dengan korang tidak boleh diakses oleh pengguna lain ataupun kawan - kawan korang. Korang boleh aktif kan semula akaun tu kalau korang nak. betul kan? Sekarang macam mana kalau ada yang betul-betul nak meninggalkan facebook dan sekaligus menghapuskan akaun dari Facebook? kalau korang dah tau cara ni, xperlu la baca tutorial ni ek. sebab ramai yang belum tau lagi cara ni.


Prosesnya senang je.

1. log in ke akaun korang

2. klik kat '
Account' yang ada kat atas sebelah kanan.

3. Pilih '
Help Center'

4. kat '
Help Center' tu, korang klik 'delete account' kat bahagian Common Searches.

5. Lepas tuh akan keluar
Facebook FAQs, klik soalan ' How do I permanently delete my account?'

6. Baca dan fahamkan jawapan yang diberikan oleh Facebook, kemudian kat bahagian jawapan tu korang klik kat hyperlink '
submit your request here'. Contoh ayat dia.

If you do not think you will use Facebook again and would like your account deleted, please keep in mind that you will not be able to reactivate your account or retrieve any of the content or information you have added. If you would like your account permanently deleted with no option for recovery, log in to your account and then submit your request here  <---- KLIK

7. lepas tu keluar pengesahan yang korang betul - betul nak delete akaun ni ke tak. korang just klik SUBMIT tu je kalau nak delete.

8. Lepas klik submit akan kuar benda nih. Kat sini Facebook perlukan pengesahan bahawa korang adalah pengguna profil ini.




9. Taip password korang dengan soalan keselamatan tuh. Lepas tu klik OKAY

Kalau korang malas sangat nak baca tutorial nih...korang boleh skip ke tutorial no 8, macam biasa kena login dulu laSKIP
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Khamis, 13 Januari 2011 TIPS MENGELAKKAN AKAUN FACEBOOK DI HACK

Ramai diantara kita kini mempunyai profile Facebook masing - masing. Tahu kah anda, profile Facebook anda mudah diceroboh? Tujuan mereka menceroboh profile anda adalah untuk mendapatkan maklumat dan melihat gambar - gambar peribadi anda. Disini saya ingin berkongsi tips untuk mengelakkan akaun Facebook anda diceroboh.



1. Jangan gunakan e-mel dari yahoo mail untuk mendaftar di facebook, kerana email dari yahoo mudah di ceroboh. Elakkan menggunakan nama anda sebagai alamat email.

2. E-mel yang digunakan untuk mendaftar di facebook tidak boleh digunakan untuk menyimpan atau mendaftarkan akaun lain, terutama yang berkaitan dengan tujuan bussines seperti paypal, moneybookers, dan sebagainya. 

3. Pada maklumat dalam profile, anda disarankan agar tidak memaparkan semua maklumat anda didalam profil anda. Sebagai contoh, Basic information, Personal Information, dan Contact Information, terutama sekali E-mail, IM Screen, dan Website. 

4. Jangan tunjukkan alamat E-mail pada profil anda. Caranya: Pilih Settings dan kemudian klik Privacy Setting, kemudian pilih profile menu, dan pilih Contact Information, kemudian pada menu IM Screen Name dan E-mail Screen Name tukar kepada "no one".

5. Untuk password akaun yang disyorkan adalah bukan password e-mel yang sama, dan sekurang-kurangnya 10 aksara (numerik dan abjad angka). Contoh: bar0125jos. Jangan gunakan tarikh lahir anda sebagai password.

6. Website adalah cara ketiga oleh hacker untuk mencari alamat e-mel anda, kerana jika anda menyertakan alamat website peribadi seperti blogger dan wordpress kerana mereka boleh mencari alamat e-mel anda di website tersebut. Oleh kerana itu, jangan masukkan alamat website peribadi anda di maklumat akaun facebook anda. 

7. Dan yang paling penting hadkan orang yang boleh melihat maklumat dan gambar- gambar di profile anda. Jangan terima friends request dari orang-orang asing yang tidak dikenali atau mempunyai profile yang tidak lengkap dan mencurigakan.

8. Jangan klik sebarang link yang mempunyai tajuk dan description yang mencurigakan dan kebiasaannya dihantar melalui inbox anda ataupun pada profile rakan-rakan anda yang disertakan dengan video yang tidak dikenalpasti.

9. Jangan download sebarang file dan mengisi borang dari link yang anda klik daripada Facebook.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Selasa, 11 Januari 2011 AIRASIA AK5218: TERBABAS




KUCHING - 11 JAN 2011

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) yang ditutup sejak malam tadi selepas pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat, dijangka terus ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak.

Malaysia Airports Berhad (MAB) memberitahu sebanyak 24 penerbangan terjejas setakat 11 pagi ini.

Hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 7.30 pagi ini iaitu MH2505 ke Kuala Lumpur, kata MAB.

Penerbangan lain yang terjejas termasuk 11 membabitkan AirAsia, lapan Penerbangan Malaysia dan lima penerbangan MASWings.

Penumpang yang berkenaan dinasihatkan agar menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

MAB berkata dalam kejadian jam 10.15 malam semalam itu, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur terbabas dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat.

Usaha mengalihkan pesawat itu sedang dilakukan namun berdepan kesukaran berikutan keadaan hujan lebat yang melanda sejak semalam, kata MAB.

Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu pemberita hari ini, pesawat itu membawa 124 penumpang dan enam anak kapal.

Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital di Kuching, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Maritim Kebangsaan di Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin A Rahman, ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, pihaknya telah pun menghantar pegawai bersama jurutera AirAsia untuk siasatan lanjut punca kejadian.

Sementara itu, seorang penumpang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Balai Ringin, Snowdan Lawan, memberitahu pemberita ia berlaku dalam keadaan hujan yang sangat lebat.
"Keadaan cuaca amat gelap dan pesawat melambung ke kiri dan ke kanan sebaik saja mendarat sebelum tiba-tiba terbabas ke kawasan bertanah di tepi landasan," katanya.

Difahamkan penumpang pesawat tersebut terpaksa berjalan kaki sejauh 800 meter untuk ke bangunan terminal.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

PENDERAAN KANAK -KANAK: MANA HILANGNYA NILAI KEMANUSIAAN??

Ketika sedang asyik membaca newspaper(online), saya tertarik dengan berita yang sangat menyayat hati ini. Kanak - kanak yang berusia 3 tahun, yang baru merasai kehidupan di dunia ini, di dera dengan kejam oleh ibu tiri nya. Lebih memilukan, terdapat 73 kesan lebam pada seluruh badan kanak-kanak ini. Timbul persoalan dalam fikiran saya, apakah kesalahan kanak-kanak ini sehingga di dera sedemikian rupa? mengapa ada sesetengah manusia yang sanggup melakukan perbuatan seperti ini? di manakah nilai perikemanusiaan dan belas kasihan yang terdapat pada seseorang itu? Sehinggakan saya sendiri tidak sanggup melihat binatang dibunuh, apatah lagi manusia. Saya ingin mengajak pembaca sekalian, apakah perasaan anda sekiranya, kanak-kanak ini adalah anak atau adik kepada anda?



JOHOR BAHRU – Kesengsaraan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terpaksa menanggung pedih didera dipercayai oleh ibu tirinya sejak tiga bulan lalu berakhir dengan tragedi apabila dia disahkan mati di Kampung Sungai Tiram di sini kelmarin.
Lebih memilukan, kematian Nur Dania Qistina Nurafizan didakwa cuba disembunyikan oleh bapanya yang menghubungi bekas isterinya, Nur Aquilla Razali, 27, mengatakan mangsa mati kerana lemas selepas tertonggeng di dalam baldi di bilik air.
Lelaki itu yang cemas sebaik melihat anaknya tidak bernafas kemudian membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada pukul 8.25 pagi sebelum Nur Dania Qistina disahkan mati 35 minit kemudian.
Namun, bedah siasat mendapati terdapat 73 kesan lebam di seluruh badan Nur Dania termasuk muka, kaki dan badan dipercayai dipukul dengan benda keras atau tangan.
Difahamkan, Nur Dania Qistina bersama kakak, Nur Dania Batrisyah, 5, dan adiknya, Danish Irsyad, 1, dibawa tinggal bersama bapa dan ibu tirinya sejak tiga bulan lalu. Sebelum ini ketiga-tiga beradik itu menetap di rumah datuknya, Razali Ismail, 56, di Mersing, Johor. 


p/s: Setiap kali baca berita macam ni, timbul perasaan geram. Geram dengan manusia yang keji. 
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Sabtu, 8 Januari 2011 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berfaedah ke??



Semua orang dah tahu apa itu PLKN dan kenapa nak buat entri tentang ni pula??

Baru - baru ini ketika saya sedang melayari Facebook, saya cukup tertarik dengan status salah seorang daripada rakan Facebook saya, yang merupakan bekas perserta PLKN seperti saya. Pada dinding profile nya tertulis " rugi la kpada sesiapa yg x mgikuti @ xnk pg ke PLKN..". Hal ini telah menyebabkan seorang daripada rakan Facebook nya yang tidak berpeluang merasai PLKN meninggalkan komen pada status tersebut dengan mempersoalkan " apa yang untungnya? keluar dari PLKN terus dapat kerja gaji berjuta ke?".(dengan nada sindiran, dia ni mcm tak faham apa tu PLKN). Akibat daripada itu, mereka telah bergaduh dan sebanyak 15 komen dihasilkan oleh mereka berdua sahaja semata - mata isu PLKN ini. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua, apakah tujuan sebenar PLKN.


TUJUAN PLKN

1. Menanam semangat patriotik dan jati diri yang utuh dalam kalangan generasi muda supaya menjadi insan yang lebih produktif.

2. Mengisi masa lapang para pelajar lepasan SPM yang kebanyakkannya tidak
dimanfaatkan secara bijaksana dan lebih cenderung untuk bekerja selepas peperiksaan umum. Keadaan ini bertambah buruk apabila remaja terjebak dalam masalah social seperti melepak, lumba haram, penyalahgunaan dadah dan seks rambang.

3. Memupuk perpaduan dan kerjasama berpasukan dalam kalangan remaja. Hal ini bertujuan untuk melatih mereka supaya mementingkan perpaduan kerana perpaduan itulah tunggak kejayaan sesebuah negara.

4. Disiplin diri dapat juga dibentuk melalui program ini. Program ini menyediakan pelbagai aktiviti yang berbentuk ketahanan fizikal serta keupayaan mental peserta. Melalui program ini, peserta turut dilatih untuk menepati masa dan menjadikan disiplin sebagai amalan dalam kehidupan seharian.

p/s : PLKN bukan agensi pekerjaan yang menjanjikan peluang pekerjaan, kalau nak pekerjaan yang bagus belajar ke peringkat yang tinggi. Sebab tu universiti dan institut kemahiran diwujudkan. Nak mohon IPT pon kena juga pakai slip SPM, tak salah kan sementara tunggu result SPM & tawaran IPT kita join PLKN dulu daripada buat perkara tak senonoh.  PLKN banyak faedah cuma terpulang kat peserta terbabit nak praktikan...peace!

Digg it StumbleUpon del.icio.us

Khamis, 6 Januari 2011 10 ORANG TERKAYA DI DUNIA, 2010 $$$$


1. CARLOS SLIM HELU 


Siapa Beliau?
- Dilahirkan pada 28 Januari 1940 di Mexico.
- Berumur 71 tahun.
- Warganegara Mexico.
- Berbangsa Lebanese dan beragama Kristian.
- Pengerusi dan C.E.O kepada syarikat telekomunikasi di Amerika Latin seperti Telmax, America Movil dan Gurpo Carso.

Jumlah Aset Terkini : $66 Billion USD 

2. WILLIAM HENRY "BILL" GATES III 


Siapakah Beliau?
- Dilahirkan pada 28 Oktober 1955.
- Berumur 55 tahun.
- Warganegara Amerika dan tinggal di Medina, Washington.
- Pengerusi syarikat Microsoft, Corbis dan Bill & Melinda Gates Foundation.
- Pengarah kepada syarikat Berkshire Hathaway.
- C.E.O kepada syarikat Cascade Investment.

Jumlah Aset Terkini : $54 Billion USD

3. WARREN BUFFETT


Siapa Beliau?
- Dilahirkan pada 30 Ogos 1930 di Omaha, U.S
- Berumur 80 tahun.
- Warganegara Amerika.
- Pengerusi dan C.E.O kepada syarikat Berkshire Hathaway dan merupakan seorang pelabur.

Jumlah Aset Terkini : $47 Billion USD

4. MUKESH AMBANI


Siapa Beliau?
- Dilahirkan pada 19 April 1957 di Yemen.
- Berumur 53 tahun.
- Warganegara India dan tinggal di Antilia, Mumbai dan Maharashtra.
- Beragama Hindu.
- Pengerusi dan pengarah urusan kepada syarikat Reliance Industries.

Jumlah Aset Terkini : $29 Billion USD


5. LAKSHMI MITTAL


Siapa Beliau?
- Dilahirkan pada 15 Jun 1950 di Rajasthan, India.
- Berumur 60 tahun.
- Warganegara India dan tinggal di London, United Kingdom.
- Beragama Hindu.
- Pengerusi dan C.E.O kepada syarikat Arcelor Mittal

Jumlah Aset Terkini : $28.7 Billion USD

6. LAWRENCE JOSEPH "LARRY" ELLISON


Siapa Beliau?
- Dilahirkan pada 17 Ogos 1944 di Manhattan, New York, USA.
- Berumur 66 tahun.
- Warganegara Amerika.
- Pengasas dan C.E.O kepada syarikat Oracle Corporation.

Jumlah Aset Terkini : $28 Billion USD

7. BERNARD ARNAULT


Siapa Beliau?
- Dilahirkan pada 05 Mac 1949 di Rubaix, France.
- Berumur 61 tahun.
- Warganegara France.
- Pengerusi dan C.E.O kepada syarikat LVMH.
- Pengerusi kepada syarikat Christian Dior SA.

Jumlah Aset Terkini : $27.5 Billion USD

8. EIKE FUHRKEN BATISTA


Siapa Beliau?
- Dilahirkan pada 03 November 1957 di Governador Valadares, Brazil.
- Berumur 53 tahun.
- Warganegara Brazil.
- C.E.O kepada syarikat EBX Group.

Jumlah Aset Terkini : $27 Billion USD

9. AMANCIO ORTEGA GAONA


Siapa Beliau?
- Dilahirkan pada 28 Mac 1936 di Leon, Spain.
- Berumur 74 tahun.
- Warganegara Spain dan tinggal di A.Coruna, Spain.
-Pengasas dan C.E.O kepada syarikat Inditex Group.

Jumlah Aset Terkini : $25 Billion USD

10. KARL HANS ALBRECHT



Siapa Beliau?
- Dilahirkan pada 20 Febuari 1920.
- Berumur 90 tahun.
- Warganegara Germany.
-Pengasas kepada syarikat Aldi Sud.

Jumlah Aset Terkini : $23.5 Billion USD



p/s: RM1 Juta??!! bagi kita jumlah tu banyak, tapi bagi mereka2 kat atas ni mcm mane ye?? hehe..apa2 pon jadikan mereka ni sebagai motivasi untuk kita berjaya seperti mereka.














Digg it StumbleUpon del.icio.us

Isnin, 3 Januari 2011 BECHKAM MAHU BERPINDAH KE TOTTENHAM: REDKNAPP

David Bechkam..


Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp berkata David Bechkam mahu berpindah ke White Hart Lane, ketika beliau bersedia untuk meningkatkan bidaannya untuk bekas bintang sayap Manchester United itu. Redknapp telah mengesahkan minatnya dengan Bechkam, beliau berkata pemain tengah Los Angeles Galaxy itu bersedia untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) secara pinjaman sehingga musim Liga Bola Sepak Utama (MLS) di Amerika Syarikat (AS) itu bermula pada bulan Mac.

Bechkam sebelum ini menegaskan bahawa United adalah satu-satunya pasukan Inggeris yang akan disertainya, tetapi satu kepulangan ke Old Trafford dijangka tidak akan berlaku dan bekas kapten antarabangsa England itu bersedia untuk menyertai kelab lain ketika beliau mahu membuktikan kecergasannya kepada jurulatih England, Fabio Capello. Keputusan akhir sama ada Beckham menyertai Tottenham atau tidak, bergantung kepada Galaxy dan Redknapp mengakui kelab itu perlu bertindak pantas untuk mencapai satu perjanjian. 

Bos Spurs...Harry Redknapp 

Bechkam menghabiskan dua penutup musim terakhir dengan kontrak pinjaman ke AC Milan, sebahagiannya dalam usaha untuk terus bermain untuk England tetapi kecederaan menyebabkan beliau tidak dapat beraksi di Piala Dunia 2010. Walaupun Beckham berada di penghujung kerjayanya, Redknapp percaya pengalaman dan keupayaan melakukan hantaran lintang tepat adalah calon ideal untuk sokongan kepada pemain sayap, Aaron Lennon. 

p/s: Bechkam masih ada hasrat nak kembali ke OT :D
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Labels

account (1) AirAsia (1) AK5218 (1) Alex Ferguson (1) anti virus (2) antivirus (1) autoblogwalking (1) basah (1) bersara (1) Bill Gates (1) billionaire (1) biodata ronaldo (1) BitDefender SafeGo (1) bola sepak (1) Brazil (1) broadband (1) Bundesliga (1) cantik (1) cara mengatasi (1) Carlo Anchelotti (1) celcom (1) champions league (1) Cheat Engine (1) Chelsea (2) Coca - cola (1) culik (1) David Bechkam (1) delete (1) dera (1) dunia (1) earn money online (1) English Premier League (2) EPL (5) facebook (4) fakta (2) gadis (1) gempa bumi (1) Glazer (1) google chrome (1) GP point (1) Guiness World Records (1) Gulliver's Travel's (1) hack (3) Handphone (1) Harry Redknapp (1) heart beat (1) highlight (1) ibu tiri (1) iklan (1) Jack Black (1) jantina (1) Jepun (1) Jose Morinho (1) jurney (1) kajian (1) kanak - kanak (1) kanser (1) kapal terbang (1) kecil (1) kelab terkaya. English Premier League (1) kering (1) kimia (1) komedi (1) komputer (2) Kuching (2) La Liga (1) laju (3) laptop (1) lelaki (1) line (1) lucu (1) mabuk (1) mala (1) Manchester United (3) matematik (1) mengira (1) metro (1) Microsoft (1) money (1) mozilla firefox (1) muda (1) new year 2011 (1) notepad (1) Nur Dania Qistina (1) onbux (1) orang kaya (1) Pepsi (1) PES2011 (1) PLKN (1) Program Latihan Khidmat Negara (1) ramalan (1) Real Madrid (1) Roman Abramovich (1) Ronaldo (1) Safee Sali (1) sarawak (1) sedu (1) senyum (1) Serie A (1) Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani (1) shoutbox (1) statik (1) tahun baru (1) terbabas (1) tidur (1) tips (7) Tottenham Hotspur (1) transfer (1) transfer window (1) transfer windows (1) tsunami (1) tutorial (6) wanita (1)
 
Copyright 2010 S.E.7.E.N H.O.L.I.C
Carbon 12 Blogger template by Blogger Bits. Supported by Bloggermint